28/11/2010
Hari ini merupakan hari pertama attachment. Van yang dijadualkan tiba pada jam 7.00 pagi terlewat akibat dari banjir yang berlaku di sekitar wakaf baru. Van sampai di Bunohan pada jam 8.30 pagi. Kami bertolak ke pejabat kesihatan daerah bersama jururawat pelatih dari Pengkalan Kubor dan sampai dalam jam 9.00 pagi.
Setibanya kami di pejabat kesihatan daerah tumpat, kami berjumpa dengan matron che gayah yang bertugas di sana untuk melaporkan diri. Setelah melaporkan diri sebagai jururawat pelatih dari kolej kejururawatan kubang kerian, matron menetapkan tugas kami selama seminggu di pejabat kesihatan tumpat bagi melengkapkan objektif serta pengalaman yang belum pernah kami tempuhi. Kami dicampurkan dengan pelatih PPKP dari KSKB sungai buloh seramai 3 orang dan pelatih PKA dari Kolej Batu Rakit seramai 3 orang.
Selepas itu taklimat diberikan di bilik gerakan tindak cepat(CPRC) oleh encik che hussin bin busu mengenai tugas-tugas penolong pegawai kesihatan persekitaran(PPKP) atau dulunya dikenali sebagai inspetor kesihatan(IK) secara ringkasnya.
Selepas taklimat di bilik gerakan tindak cepat, kami mendengar taklimat dari encik yaakub bin Muhammad hashim di pejabat unit keselamatan dan kualiti makanan bahagian unit penyiasatan dan pendakwaan mengenai kawalan penyakit vektor, perkhidmatan kebersihan alam sekitar serta kawalan mutu makanan sehingga jam 1 petang. Seterusnya kami diberi masa rehat dan solat sehingga jam 2 petang.
Selepas rehat, kami mendengar taklimat dari encik mohd azaha bin yusoff yang menjadi penolong pegawai kesihatan persekitaran(PPKP) yang menjaga unit makanan, unit penguatkuasaan, unit vektor dan unit kawalan mutu air minuman. Setelah mengetahui sedikit sebanyak mengenai tugas-tugas beliau, kami di dedahkan pula kepada beg yang digunakan untuk pengambilan sampel makanan. Encik mohd adzhar menerangkan fungsi setiap barangan yang terdapat di dalam beg tersebut dengan lengkap. Terdapat 2 beg pengambilan sampel iaitu untuk sampel mikrobiologi dan sampel kimia.
Selepas itu, kami mendengar taklimat dari encik mat zaid bin mat yusof tentang unit inspektorat perundangan(UIP) dan penerangan tentang operasi yang melibatkan buku akta makanan yang meliputi akta dan peraturan. Selain itu, encik mat zaid menerangkan tentang pengalamannya sepanjang operasi di jalankan. Encik zaid juga memberikan sebuah album gambar yang di rakamkan semasa operasi dijalankan. Berbagai ragam manusia yang dapat kami lihat di dalam album tersebut.
Pada jam 4 petang, kami mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Razlan bin Ahmad dari unit kawalan vektor yang menerangkan tentang wabak denggi dan tindakan yang di ambil seperti notifikasi, pengambilan data, penyiasatan oleh PPKP, laporan di bilik gerakan, penghantaran pasukan kawalan ke lokasi terlibat, pencegahan untuk 50 meter radius dari tempat kejadian serta kompaun jika terdapat pembiakan. Sesuatu wabak seperti denggi di pantau selama 2 minggu.
No comments:
Post a Comment