Tuesday, November 30, 2010

Diary attachment di pejabat kesihatan daerah tumpat D2

29/11/2010

Hari kedua kami melakukan attachment di PKD tumpat.

Van tiba di kuarters tepat jam 7.45 pagi dan kami sampai di PKD tumpat sekitar jam 8.10 pagi. Kami diberi peluang menyertai serta mndengar meeting yang dijalankan pada jam 8.00 pagi.

Selepas meeting tamat, kami dibawa ke pejabat unit kawalan penyakit bawaan vektor dan didedahkan tentang senarai-senarai penyakit bawaan vector seperti denggi, malaria, chikugunya dan leptospirosis oleh encik maizol hasman bin mohamad. Kami juga diberitahu semuanya adalah mengikut akta penguatkuasaan 1975 serta kompoun yang diletakkan sebanyak RM500.00 setiap kali disahkan bersalah contohnya terdapat nyamuk aedes di kawasan rumah. Jika kompoun tidak di bayar, maka saman akan di keluarkan.

Kami juga didedahkan kepada agrofog iaitu ubatan atau racun yang digunakan untuk fogging. Agrofog adalah campuran racun dan minyak diesel yang jauh lebih berkesan berbanding fogging yang menggunakan racun dan air. Kami juga di dedahkan kepada fungsi ovitrap yang memerangkap nyamuk di tempat-tempat gelap di sekitar rumah.

Selepas itu, pada jam 11.00 pagi, kami diberi taklimat oleh encik abdul rahman, PPKP dari unit CDC. Beliau menjelaskan bahawa unit CDC terbahagi kepada 5 unit. 5 unit tersebut ialah unit TB/kusta, unit HIV/STD, unit foodborne & waterborne disease, unit penyakit pencegahan vaksin seperti measles yang bertujuan untuk menguruskan data dan di masukkan ke dalam e-notice, dan unit surveilan bertujuan untuk memantau e-notice dan maklumat terkini. Encik abdul rahman juga menerangkan mengenai pelan strategik kebangsaan yang bertujuan untuk mengurangkan kes serta harm reduction yang bertujuan untuk mengurangkan penularan kes.

Selepas rehat dan solat, kami berkumpul di bilik gerakan CPRC untuk mendengar meeting yang dijalankan sekali lagi pada jam 3.30 petang serta melaporkan hasil research dan taklimat yang kami dapat untuk hari ini serta melakarkan diary untuk tarikh 29/11/2010. Kami dibenarkan bersurai pada jam 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...