Wednesday, December 1, 2010

Diary attachment di pejabat kesihatan daerah tumpat D3

30/11/2010

Hari ketiga bertugas di PKD tumpat, bas datang pada jam 7.45 pagi dan kami tiba di sana pada jam 8.10 pagi.

Kami di arahkan ke unit bekalan air dan kebersihan alam sekeliling(BAKAS) dan diberikan sedikit taklimat oleh PKA unit tersebut iaitu encik Zahari Bin Saamah. Kami diperjelaskan tentang tugas di unit BAKAS iaitu membekalkan bekalan air, kebersihan alam sekitar dan sanitasi. Encik Zahari juga menerangkan secara ringkas tentang system air kesihatan sumbangan BAKAS(AKSB), overhead tank(OHT), bekalan air telaga tiub, sistem pelupusan air limpah(SPAL), sistem pelupusan sisa pepejal(SPSP) dan pengawasan mutu air minum luar Bandar. BAKAS juga menjalankan tugasnya sepanjang masa terutamanya sewaktu wabak dan masa banjir. Kami juga diperlihatkan klorin yang digunakan untuk membunuh bacteria contohnya klorin debu dan klorin tablet. Unit BAKAS juga bertanggungjawab untuk menyimpan dan mengemaskini stok bahan-bahan dan peralatan. Unit ini juga membantu dari segi kawalan penyakit berjangkit terutamanya bawaan vektor serta membantu unit kawalan mutu air minum(KMAM). Kami juga di berikan cara bagaimana ingin menyukat klorin untuk kegunaan sesebuah rumah supaya ianya selamat digunakan.

Pada jam 9.30 pagi, kami dibawa menggunakan kenderaan PKD tumpat ke unit pintu masuk atau check point di pengkalan kubor. Setibanya kami di sana, taklimat diberikan oleh encik mohd isnan bin musa. Kami dimaklumkan bahawa pengkalan kubor adalah pintu masuk ke Malaysia yang kedua terbesar. Pintu masuk utama terdapat di Rantau Panjang dan pintu masuk yang ketiga terdapat di Bukit Bunga. Tugas utama di check point salah satunya adalah membantu pihak kesihatan agar makanan yang di import ke Malaysia mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah kawalan keselamatan dan kualiti makanan, kawalan penyakit berjangkit, kawalan vector serta pendidikan kesihatan.

Setelah itu, pada jam 2.30 petang terdapat taklimat untuk staf dan kami berpeluang menyertainya serta meeting pada jam 3.30 petang. Setelah itu, kami menulis diary serta laporan harian untuk hari ini sebelum kami bersurai pada jam 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...