Sunday, January 30, 2011

BintAng hAti part 2



Part 2

Balqish melalui hari-harinya yang penuh dengan kesuraman.

Tohmahan yang menghiris sentiasa menampar gegendang telinga pada setiap langkah kakinya.

Namun, balqish sering kali membatukan diri serta memekakkan telinga tiapkali tohmahan dilemparkan padanya.

“qish..mana mak bapak ko? Takde aku Nampak pon diorang datang sign buku rekod ko pon”

Alif bersuara. Balqish hanya memalingkan muka menyembunyikan rasa sendu yang terukir pada wajahnya.

“Alif..kenapa ko Tanya macam tu?”

Alif menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan balqish.

“aku dengar macam-macam cerita datang dari diorang tentang ko. Aku tak nak percaya semua tu. Aku nak dengar dari mulut ko sendiri. Sejak aku datang sini, aku tengok ko sabar je ngan diorang. Diorang cakap ape pon, ko terima, tak pernah membantah langsung.”

“Alif..ko budak baru kat sini, kan?”

Alif mengangguk pantas.

“baik ko ikut je cakap diorang, nanti diorang tak nak kawan dengan ko pulak”

“no qish..hei, jangan cakap macam budak-budak boleh tak? Matangkan sikit diri ko. Kite dah form 5, tahun ni nak spm dah. Ko sedar tak?”

Balqish mengetap bibirnya perlahan.

‘ya..spm..harus dilaluinya nanti.’

Balqish terdiam mendengar kata-kata rakan sekelasnya. Lantas kepalanya ditundukkan merenung lantai.

“apa yang ko nak tahu tentang aku?”

Alif tersenyum.

“mana family ko? Diorang tak ambil buku rekod ko ke tadi?”

“Alif..tiap-tiap tahun, tak ada yang sign buku rekod aku. Dan tak pernah ada yang sign.”

“tapi, kenapa? Ko ada family problem ke?”

“budak-budak kelas ni tak pernah cite kat ko ke sape aku yang sebenarnya?”

Alif hanya menggeleng perlahan. Memang ada yang menceritakan kepadanya tentang balqish. Namun semua yang diceritakan padanya tidak manis untuk di dengar. Tergerak hatinya untuk bertanya sendiri kepada gadis kecil molek berkulit putih yang sentiasa terlihat bersendirian itu.

“dari aku kecil sampai la sekarang, aku dibesarkan di rumah anak yatim tak jauh dari sekolah ni. Sejak aku kecil, aku tak pernah tengok wajah ibu dan ayah aku dan aku pon tak pasti aku ni anak yang sah taraf atau pun tak. Sebab tu aku tak pernah bersuara bila ada orang mengata aku yang bukan-bukan sebab apa yang dikatakan tu sememangnya betul”

Alif tergamam seketika.

“dah puas hati?”

Sungguh.. Alif tersentuh mendengar apa yang dituturkan oleh Balqish.

Terdetik niat untuk membantu gadis di hadapannya.

“maafkan aku, qish”

Ada airmata yang menitis laju di pipi balqish.

Alif dihambat rasa bersalah.

“qish, are u okay?”

“excuse me. Aku nak pergi tandas”

Balqish lantas bangun dari duduuknya.

Diseka airmata yang mengalir.

“oi anak yatim. Ko nak pergi mana? Kejap lagi cikgu halim masuk, aku pulak yang kena”

Badri selaku ketua kelas menghalang.

“aku nak pergi toilet kejap”

“kot ye pon, tunggu jela cikgu sampai”

“kejap je la..japgi ko tolong bagitau cikgu yang aku pergi toilet”

“eh..xpaham bahasa budak ni. Dasar anak haram kot. Tak faham bahasa langsung. Huh!!”

Kata-kata badri membuatkan balqish terkesima.

Di hadapan kelas, dia dimalukan.

Pang!!!!

Satu tamparan hinggap di pipi badri. Balqish memandang tepat pada jejaka yang berdri di sebelahnya.

“watch your mouth, bro!!”

“hei..kau apahal?? Nak backing anak haram nie?? Betul what aku cakap, kan geng?”

Satu kelas mengiakan kata-kata badri.

“watch your mouth. Korang satu kelas pon sama. Dah besar tapi otak cetek. Pendek akal!!”

Suara Alif nyaring bergema.

“woi, aku tau la ko budak Bandar. Agak-agak la nak cakap kitorang pendek akal. Aku belasah kang!!”

Shahmi menghampiri badri sambil mencekak pinggang.

“betul ape aku cakap. Korang cakap tak pernah fikir langsung baik buruk. Kalau pon betul apa yang korang cakap, balqish tak pernah bersalah, tau. Yang bersalah tu mak dan ayah dia. Siapa korang nak menghukum dia? Setiap ayat yang korang cakap, malaikat catit, tau. Bergelen-gelen dah dosa korang, baru form 5, dah tua nanti, tak tau la aku, kot-kot lebih banyak dari pasir kat pantai tu. Nama je orang islam, hal agama tak pernah ambil tahu langsung. Sembahyang pon tak buat, of cos syurga ke mana, neraka yang datang kat kaki korang. Balqish tak bersalah, tau. Yang korang nak hokum dia, apesal? Anak yatim, kita kena bela, bukan hina!”

Suara lantang Alif menyebabkan satu kelas terdiam.

Badri mengerdipkan matanya pada shahmi, shahmi hanya menunduk dan Balqish terus lari menghamburkan airmatanya di toilet.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...