Saturday, February 5, 2011

BintAng hAti part 3


Part 3

“mama..alif kesian la kat qish tu mama”

Alif meneguk air teh yang dihidangkan di hadapannya.

“mama..kenapa manusia ni kejam sangat, ha?”

Hazita, mama Alif menggelengkan kepalanya perlahan.

“Alif..banyak pahala budak tu. Sabar je dia hadapi hidup ni. Mama pon kesian jugak dengar cerita Alif tu. Tapi, apa yang boleh mama buat? Mama bukan ahli dewan undangan ke nak ambil tindakan apa-apa.”

Ada senyuman meniti di bibir Hazita. Anak tunggalnya telah menginjak dewasa.

Sedikit sebanyak hatinya terkesan akan kedewasaan itu.

Hazita tersenyum memandang Zamri di sebelahnya.

Suaminya tampak termenung panjang.

Lantas lengan suaminya di sentuh lembut.

“apa yang abang menungkan tu?”

Zamri tersenyum tipis.

“ita, apa kata kita ambil je balqish tu jadi anak angkat kita? Lagipun, kita kan ada anak lelaki bertuah ni sorang je.”

Hazita tersenyum.

Cepat benar suaminya dapat membaca gelodak di hatinya.

Zamri yang sedang memeluk Alif di sentuh perlahan.

Zamri memandang isterinya dengan penuh kasih sayang.

Jemarinya digenggam dan dikucup penuh kasih oleh isteri tercinta, Hazita.

“ita..abang faham perasaan ita.”

Alif hanya memandang kosong sebelum dirinya erat di dalam dakapan mama dan papanya.

“Alif kisah tak kalau papa bawak balqish balik rumah kita ni?”

Hazita tersentak.

Alif seusia dengan Balqish.

Risau dan khuatir bertandang di hati.

Takut membawa padah pada si gadis yang masih belum dikenalinya.

“abang..kita kan ada A…”

Sepantas kilat jemari zamri menutup ulas bibir Hazita.

“abang tahu ita. Abang dah fikirkan tadi lagi.”

Alif terpinga-pinga sebentar.

Dipandang mama dan papanya silih berganti, tidak dapat menangkap maksud sebenar orang tuanya.

“papa nak cakap sikit dengan Alif dan papa rasa better mama masuk rumah dulu, bawak sekali air dengan kuih ni. Papa dah kenyang. Alif pon dah kenyang,kn?”

Alif sekadar mengiakan kata-kata papanya.

Hazita mengangguk perlahan lantas berlalu menatang dulang berisi air dan kuih lapis kegemaran anak tunggalnya.

“Alif..Alif anak papa.. alif dah besar panjang, dah dewasa, dah baligh, kan?”

Alif hanya mengangguk perlahan.

“papa tahu Alif nak bantu Balqish, dan papa lelaki, sama macam alif jugak. Papa faham ada maksud tersirat di sebalik niat suci alif ni.”

Alif mengerutkan dahi, kurang mengerti.

“papa rasa, Alif macam dah sayang kat Balqish je. Betul ke tidak?”

Alif terdiam memikirkan kata-kata papanya. Benarkah???

“yang tu papa tak kisah, kalau Alif nak suka dia ke ape. Janji dengan papa, kalau suka, kita buat cara molek la, cara baik. Jangan buat benda pelik-pelik. Terus terang dengan papa kalau rasa dah suka sama suka. Papa tak halang, Cuma papa tak nak ada maksiat dalam rumah kita. Boleh tak?”

Alif mengangguk walaupun mukanya merona kemerahan.

“Alif dah besar panjang, mungkin bila kita bantu anak yatim, hidup kita bertambah berkat. Insya ALLAH. Lagi satu, papa nak alif belajar bersungguh-sungguh, bantulah balqish sekali. Papa nak kamu berdua belajar sampai university. Setakat dua orang, papa masih mampu nak tanggung.”

Secepat kilat Alif memeluk leher papanya erat.

“papa..thanks!! lepas ni, Alif dengan mama tak sunyi lagi. Insya ALLAH papa. Alif takkan malukan papa. Alif akan jaga maruah keluarga kita. Lagipun, alif kan satu-satunya anak papa dan mama,kan?”

“No!”

Zamri menggeleng perlahan.

“why, papa?”

Pelukan Alif di leher Zamri direnggangkan.

“sebab..papa dah ada sorang lagi anak, balqish!”

Alif mencekak pinggangnya sambil memandang Zamri dengan mata yang sengaja dijegilkan.

“papa!!”

Lantas Zamri berlari ke dapur sambil dikejar oleh Alif.

Seperti kebiasaannya, mulut Hazita akan membebel.

Bukan pada anaknya, tetapi pada suaminya yang kadangkala lebih kebudak-budakan jika di bandingkan dengan anak mereka.

Dan akhirnya, seperti selalunya juga, Hazita akan dirangkul erat.

Di kanan adalah suaminya dan di kirinya ada anak tunggalnya, Alif.

‘ya ALLAH, semoga kehadiran insan baru akan memeriahkan lagi kehidupan kami sekeluarga…AMIN…’

Matanya dipejamkan erat.

Hazita berdoa, tulus dan ikhlas dari hatinya yang sekian lama merindui seorang anak perempuan, namun apalah dayanya.

Rezeki yang dikurniakan padanya dan Zamri untuk menimang cahaya mata hanya sekali dan Alif adalah hasil kasih sayang antara dirinya dan Zamri.

Sehinggalah sekarang, masih belum ada tanda-tanda mereka bakal menimang cahaya mata kedua walaupun umurnya sudah menjangkau 36 tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...