Friday, February 11, 2011

BintAng hAti part 5


Part 5

Balqish termenung panjang.

Apa yang diperkatakan oleh halimah dan mazida selaku pengurus di rumah anak yatim Ummu Sofiah kepada pasangan suami isteri yang mendampinginya tidak dipedulikan langsung.

“balqish…”

Wanita yang dikenali sebagai hazita yang memintanya memanggil ‘mama’ menyentuh lembut lengannya.

Halimah di hadapan mereka sekadar mengetap bibir menahan sendu di hati.

Sungguh..dia sendiri tidak mengerti, mengapa pasangan ini menginginkan balqish. Sedari datang lagi, mereka tidak mahu melihat langsung gambar penghuni di rumah anak yatim ini.

Tetapi, spontan nama Balqish Natasya tidak henti-henti meniti di bibir wanita bernama hazita.

“puan Hazita…”

Mazida menghulurkan sebuah fail berupa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh Hazita.

“tolong turunkan tandatangan di helaian yang telah saya tandakan ye puan.”

Hazita mengangguk sambil menarik dokumen dan menandatanganinya.

“puan halimah, boleh saya bawa balqish balik ke rumah saya sekarang?”

“boleh, puan. Tapi salinan yang saya minta puan sediakan tu tolong hantar ke sini secepat yang mungkin ya. Untuk simpanan pihak kami dan untuk dihantar ke pejabat jabatan Kebajikan masyarakat.”

Hazita mengangguk pantas. Lantas dijabat tangan dua wanita dihadapannya dan menarik balqish supaya bangun.

“balqish..mama panggil qish je..boleh,kn?”

Balqish tersenyum kelat sambil mengangguk perlahan

‘qish…memang itu nama panggilan aku….’

Hati balqish menangis sayu.

Namun airmatanya tidak menitis ke pipi.

Biarlah kesedihan ini di tanggung sendirian.

Moga ada hikmah di sebalik semua ini.

Beg baju dan buku miliknya telah hilang ditelan perut kereta yang kelihatan mewah di hadapannya.

Balqish melangkah lemah sambil matanya diliarkan buat kali terakhir.

Laman yang sering menjadi tempatnya beriadah setiap petang direnung lama.

“qish…mama akan bawa qish datang sini kalau qish rindu adik-adik qish kat sini, mama janji, sayang.”

Lemah balqish mengeluh, lantas langkah kakinya dihayun ke arah Halimah dan Mazida.

Balqish memeluk halimah erat sebelum jemarinya erat dalam genggaman mazida.

Balqish menapak perlahan ke arah kereta yang sedang menunggu.

‘selamat tinggal’

Hati balqish berdetak.

“qish..mama ada sorang anak kat umah.. nanti qish boleh la kawan dengan dia, belajar sama-sama. Papa dah janji, kalau qish dah habis spm, dapat masuk university, papa akan support qish. Sampai ke phd sekalipun.”

Balqish terkesima.

“mama ada anak?”

Agak kekok balqish bersuara. Hazita mengangguk perlahan.

Balqish sekadar mendiamkan diri. Macamanalah hubungannya dengan anak kandung kepada pasangan ini?

‘ya ALLAH, bantulah aku..kau ringankan lah beban hidupku ini, ya tuhan..’

Balqish berdoa di dalam hati. Sungguh… bukan dia tidak pernah mendengar kes-kes penderaan yang berlaku. Kalau tidak dera pon, buli. Terlalu banyak di dengari dari media massa tentang kes-kes sebegitu.

‘ya ALLAH, jauhkanlah aku dari semua itu..’

Hazita berpaling ke belakang menatap wajah keruh gadis yang sedang termenung jauh itu.

Sesungguhnya, hatinya memuji kecantikan dan ketulusan yang terserlah dari raut wajah si gadis.

“abang, patut la anak kita terpikat pon.”

Zamri menjeling hazita yang sedang tersenyum. Senyuman yang memberi seribu makna.

“bakal menantu……..”

Bisikan zamri meledakkan tawa hazita.

“abang ni..kalau ada tu, ada la…”

Balqish tersentak dari lamunan. Seulas senyuman dihadiahkan pada hazita. Senyuman yang nyata ikhlas dari hatinya yang tulus.

“qish ada nak tanya ape-ape tak?”

Balqish mengetap bibirnya, berfikir sebentar sebelum bibir halusnya menuturkan kata.

“rumah mama jauh ke?kenapa tak sampai-sampai lagi ni?”

Balqish meliarkan pandangannya ke sekeliling.

“mama balqish ni ha..nak shopping untuk anak kesayangan die. Yelah, tak pernah dapat anak perempuan la katakan.”

Satu cubitan singgah di lengan zamri. Zamri mengaduh kesakitan.

“abang!! Malu la ita!!...”

Balqish tersenyum melihat kemesraan pasangan suami isteri itu.

Jauh di sudut hati, dirinya juga menginginkan kebahagiaan dan kemesraan sebegitu.

“balqish..papa pon panggil qish jugak la. Takkan mama je boleh panggil.. ye tak?”

Balqish ketawa sambil mengangguk.

“panggil ape-ape pon boleh, papa. Tapi, kawan-kawan panggil qish jugak.”

“qish lahir bulan berapa?”

Mata zamri mengerling pada cermin pandang belakang keretanya. Wajah mulus itu kelihatan ceria dari kali pertama bertemu sebentar tadi.

“qish lahir bulan 12, papa..”

Zamri mengangguk sambil berfikir sejenak.

“maknanya qish anak bongsu la dalam keluarga kita. Panggil adik, boleh?”

Meledak tawa dari ulas bibir si gadis.

“eh..papa lupa la. Rasa-rasa macam qish dengan abang boleh dapat adik lagi kot. Mama kan muda lagi. Ye tak, mama?”

Satu tamparan manja singgah di peha zamri membuatkan tawa zamri meledak lagi.

Seronok bila dapat mengenakan isteri kesayangannya itu.

Hazita memuncungkan bibirnya tanda protes.

Namun, rajuknya tidak berlarutan apabila zamri memarkirkan keretanya di hadapan sebuah shopping complex.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...