Saturday, February 12, 2011

BintAng hAti part 6


Part 6

“qish..baju nie, okay?”

Balqish mengangguk sambil tersenyum.

“lawa la mama. Tapi, mahal la. Rm40 sehelai.”

“takpe qish. Sekali ni je pon mama nak beli baju banyak-banyak kat qish.”

“tak membazir ke mama?”

Hazita menggeleng perlahan.

“qish tahu tak…mama dah lama nakkan anak perempuan. Berpuluh tahun mama dengan papa cuba, tapi takde rezeki jugak. Mama mengandung pon sekali je, itu pon lelaki. Mama harap, dengan adanya qish sekarang, keluarga kita akan bahagia sebab mama rasa hidup mama dah lengkap dengan kehadiran qish. qish pon, kalau ada apa-apa masalah, bagitahu la mama. Mama pon takde lah kaya, hidup pon sederhana je. Cuma mama nakkan bahagia. Dari dulu lagi teringin nak anak perempuan. Tapi, tuhan tak bagi rezeki. Alih-alih, die gerakkan hati mama dan papa untuk ambil qish jadi anak angkat. Tapi, mama taknak anggap qish macam anak angkat. Bagi mama, qish tetap anak mama walaupun bukan lahir dari rahim mama, tapi mama dapat rasa, kurniaan tuhan pada mama kali ni, cukup bermakna.”

Hazita menahan airmatanya dari jatuh. Entah kenapa dan mengapa, ada rasa sayu dan sedih bertandang di hatinya.

Bukan tidak pernah dirinya dan zamri mencuba untuk mendapatkan anak lagi, tetapi tidak berhasil.

Baginya kehadiran balqish dalam hidupnya kini, bakal melahirkan keharmonian bagi keluarganya.

Balqish akan melengkapi hidupnya dan juga zamri.

Balqish terus memeluk hazita erat. Hati wanitanya tersentuh.

Dapat dirasakan ketulusan hati wanita yang berada dalam pelukannya itu.

“mama ada qish sekarang. Insya allah, sampai bila-bila mama takkan hilang qish. qish takde keluarga lain selain mama dan papa.”

Hazita meleraikan pelukannya.

“jangan lupa, qish ada abang, taw..”

Balqish terdiam.

“abang??”

Hazita mengangguk. Balqish mengetap bibirnya sehingga terasa pedih.

“tapi, kenapa abang tak ikut ambil qish, mama?”

“saja…dia nak buat surprise. Jangan risau, abang qish baik orangnya. Kalau dia ada buli qish nanti, qish bagitau je kat mama ye.”

Balqish tersenyum. Matanya berkaca.

‘ya ALLAH, aku ada mama? Aku ada papa? Aku ada abang? Alhamdulillah ya ALLAH. Aku bersyukur padamu atas kurniaan ini…’

Hazita menolak troli yang sarat ke arah kaunter.

“cukup tak ni, qish?”

Balqish mengangguk pantas.

“dah banyak dah ni, mama. Berapa puluh helai dah. Tak terpakai qish nanti.”

Hazita ketawa.

“anak mama ni..bagus!!jimat!! jangan tiru perangai mama yang boros ni, taw…”

Balqish menolak troli yang sarat berisi pakaian dan barang-barang keperluannya ke arah kaunter pembayaran sementara hazita meraba handbag yang diletakkan di dalam troli tatkala nada dering lagu ‘bisakah’ nyanyian siti nurhaliza bordering nyaring.

“qish..abang kol.”

Lantas hazita melekapkan handphone di telinganya. Balqish hanya mendengar.

“hello assalamualaikum…yup, mama dengan qish ni. Kat shopping complex, mama ajak die shopping..kenapa?”

Hazita menggigit bibirnya sambil memandang balqish yang sedang leka memerhatikan manusia yang ramai di shopping complex itu.

“ok dear. Nanti mama belikan.”

Hazita melemparkan senyuman pada balqish sambil menyimpan kembali handphone di dalam handbag.

“lambat la qish. ramai sangat orang datang shopping hari ni.”

Hazita merungut perlahan.

“sabar la mama. Tak lama lagi je ni. Tinggal lagi 2 orang je, pastu giliran kita la.”

Hazita mengangguk sambil menerling jam di pergelangan tangannya.

“qish tolong ingatkan mama, tau. Abang ade pesan something tadi.”

“ooo..abang pesan apa, mama?”

“abang suruh mama belikan kondom. Yang die guna dah koyak.”

Hazita menjawab dengan selamba tanpa mengesan riak wajah balqish yang berubah serta merta. Balqish terkesima.

‘kondom??kondom tu bukan untuk………………..’

Balqish bermonolog di dalam hati. Berjuta persoalan merenggut tangkai hatinya untuk mencari jawapan.

Namun lidahnya kelu untuk berkata-kata. Jantungnya yang berdegup kencang melahirkan perasaan yang tidak tenteram.

Otaknya pula mula berfikir yang bukan-bukan. Balqish terdiam saat hazita membayar semua barangan yang dibeli menggunakan kad kredit.

Jumlah yang tertera membuatkan balqish menelan liur.

“RM798.55”

Hazita hanya tersenyum.

“kenapa, qish?”

Balqish menggeleng perlahan.

“tadi mama kata abang ada pesan, kan?”

Hazita menepuk dahinya perlahan.

“hamper-hampir mama lupa. Kondom! Thanks ingatkan yea.”

Hazita menarik tangan balqish ke arah sebuah kedai yang menjual handphone.

“tokey, ada tak cover untuk handphone sony Ericson K660i? yang warna putih, getah punya.?”

Tuan kedai yang berbangsa cina itu mengeluarkan 3 jenis cover di hadapan hazita.

Hazita mengambil satu plastic cover yang berwarna putih dan menunjukkan plastic itu kepada balqish.

“ini la kondom, sayang…”

Hazita berbisik di telinga balqish sekaligus meledakkan tawa si gadis.

“tokey, saya ambil yang ni ya..berapa ringgit?”

“RM30 saja maa..”

Hazita menghulurkan note RM100. Sambil menunggu baki di pulangkan, hazita membelek jenis-jenis handphone yang diletakkan di dalam almari kaca itu.

“qish nak handphone tak?”

Balqish mengerutkan keningnya.

“handphone? Mahal tak mama?”

Sesungguhnya, balqish juga berkeinginan untuk memiliki handphone sendiri seperti orang lain. Namun,semua itu adalah di luar kemampuan dirinya.

“qish pilih la nak yang mana.”

Balqish menggeleng perlahan.

“mama pilih kan la. Qish tak pandai la nak pilih. Bagi qish, baik untuk mama, baik juga untuk qish.”

Hazita tersenyum sambil matanya meliar memerhatikan lebih dari 10 handphone yang dipamerkan di situ.

“tokey, bagi yang warna merah putih tu, saya mau tengok..”

“oo..yang ini aa nokia express music 5300. Harga pon talak mahal maa.. RM400 saja, memory 1 GB, baik punya handphone ini..”

Hazita mengenyitkan matanya pada balqish.

“okey tokey.. saya ambil yang ini saja la..cover macam yang saya beli tadi ada tak?”

“yang ini slide punya maa..mana ada yang getah itu macam. Cuma ada yang plastic.. u mau hitam ka putih?”

2 plastik dikeluarkan di atas meja dan dihulurkan pada hazita.

Setelah membelek kedua-dua plastic tersebut, hazita memilih yang berwarna hitam.

“semua sekali RM430, sy jual maa…”

“okay..sy beli ye tokey”

Hazita dan balqish terus berlalu.

Betapa hidupnya berubah dalam sekelip mata. Jauh di sudut hati, balqish bersyukur kerana dikurniakan satu keajaiban bagi dirinya.

Air jernih mengalir dari tubir matanya namun diseka perlahan. Sesungguhnya, dirinya betul-betul rasa disayangi kini.

‘Alhamdulillah ya ALLAH, masih ada yang dapat menerima hambamu ini ya ALLAH..kau berkatilah keluarga baruku ini…’

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...