*
“maafkan
saya Hariz Izwan, kami dah berbincang sesame pakar kat sini. Kami semua tak
sanggup tanggung risiko ni. I`m so sorry.”
“tak ada
jalan lain ke doktor?”
Doktor
Nazmi menggeleng perlahan. Tidak sanggup rasanya untuk dia menatap wajah sayu
pesakit di hadapannya tika ini.
“kalau awak
dibedah, peratus awak hidup terlalu tipis sebab cancer yang awak hidapi
sekarang dah terlalu serius dan metastasis ke organ utama awak. Kami sepakat
untuk biarkan awak hidup macam ni hingga akhir hayat awak bergantung kepada
ubat tahan sakit yang berfungsi untuk meringankan beban sakit yang awak
tanggung.”
“kalau saya
di bedah sekarang, berapa lama saya boleh hidup?”
“Hariz,
doktor bukan ALLAH untuk menentukan ajal maut seseorang. Tapi, andaikata
pembedahan tersebut gagal, ianya amat membahayakan awak.”
Hariz
mengangguk sambil terus berlalu. Hatinya sebak, terlalu sebak. Dan menjadi
lebih sebak bila terkenangkan tunang tersayang yang bakal dikahwini dalam masa
tak sampai sebulan.
*
Hariz
menapak perlahan menghampiri rumah kediaman keluarganya di Kuala Perlis. Hariz
melepaskan keluhan yang agak kasar saat matanya menangkap renungan insan yang
paling dicintainya itu. Gadis itu terlalu tulus menyintainya. Tidak sampai hati
rasanya untuk berterus terang tentang masalah yang dialaminya tika ini. Hariz
takut airmatanya gugur di hadapan gadis itu. Sesungguhnya, sejak kebelakangan
ini, airmata lelakinya bergitu mudah menodai pipi kasarnya. Hatinya pula
menjadi semakin sensitif. Hariz terus melangkah tanpa menghiraukan sorotan dari
sepasang mata redup milik Natasya Adilla. Gadis itu merenungnya lembut. Namun,
kehadiran gadis itu sedikit pon tidak menarik minatnya.
Anak-anak
tangga rumahnya dilangkah pantas. Hariz ingin lari dari situasi ini. Tidak
mampu rasanya dia untuk bersemuka dengan tasya. Saat kakinya berpijak pada anak
tangga paling atas, ibunya muncul dengan menatang seteko air bersama sepiring
kuih muih. Hariz menghela nafas panjang.
“riz..turun.
tasya dah tunggu dari tadi lagi. Jumpalah die kejap ye sayang.”
“ibu…riz…”
“dah..jangan
nak bagi alasan. Jom turun.”
Hariz
mengekor ibunya dari belakang. Sesudah menghidangkan air dan kuih muih di atas
meja di halaman rumah, ibunya terus berlalu meninggalkan pasangan yang masih
membisu seribu bahasa. Hariz dapat melihat anak mata tasya dihalakan padanya
namun dia sekadar acuh tak acuh dengan renungan itu.
“riz..kenapa
dengan riz ni?”
Hariz
menggeleng perlahan sambil menjeling gadis itu sekilas.
“kalau riz
ade problem, cerita la pada tasya..trust me! tasya kan bakal isteri…..”
“dahlah
tasya, riz takde ape-ape la. Riz okay je.”
Hariz
memintas kata-kata tasya agak kasar sehingga membuatkan gadis kecil molek itu
tersentak.
“riz, tasya
ada buat salah ke? Tasya ada sakitkan hati riz ke? Tasya minta maaf..tasya tak
sengaja.”
“tasya
takde salah ape-ape pon dengan riz..”
Suara hariz
yang tadinya kasar kembali seperti biasa.
“habis tu?
Riz balik kampung tak cakap. Bila tasya pergi office riz, Najib kata riz dah
berhenti kerja…tapi, kenapa?”
“no reason
la..kenapa? salah ke riz berhenti kerja?”
Hariz
merenung tasya dengan kening yang sengaja dikerutkan. Gadis itu kelihatan serba
salah.
“riz..tak
sampai sebulan lagi tarikh perkahwinan kita. Tolonglah jangan buat perangai.
Tasya merayu.. riz tak ambil tahu langsung pasal persiapan kahwin kite. Dari
baju pengantin sampailah hantaran,semua tasya sediakan. Riz ikhlas ke tak nak
kahwin dengan tasya ni?”
Hati hariz
sayu melihat renungan tasya yang penuh mengharap. Hariz menghela nafasnya agak
kasar.
“macam ni
lah tasya… kau balik rumah kau dan cancel semua persiapan kahwin yang kau dah
buat tu!!”
Hariz terus
berpaling untuk melangkah namun kakinya terasa ditarik. Hariz berpaling. Tasya
sedang memeluk kakinya. Ada airmata di tubir mata si gadis. Serta merta hariz
turut merasa sebak. Matanya dipejamkan serapat yang boleh dengan harapan tiada
airmata yang menerjah keluar.
“riz..apa
salah tasya sampai riz hukum tasya macam ni?”
“kau takde
salah dengan aku. Cuma aku rasa kite memang takde jodoh.”
Airmata
yang tadinya bertakung di tubir mata si gadis mengalir laju menodai pipi
gebunya.
“ya ALLAH
riz..kenapa ni? 3 tahun hubungan kite, tak cukup lagi ke masa untuk riz kenal
tasya? Kenapa riz tak putuskan hubungan kite dari dulu lagi? Kenapa nak cancel
last minute macam ni?”
Esakan si
gadis semakin menggila.
“sebab baru
sekarang aku sedar yang aku tak pernah cintakan kau, tasya. Mungkin aku terima
kau dulu sebab simpati. Ntah la..”
Suara hariz
kedengaran selamba namun gejolak dalam dadanya tika ini, hanya tuhan yang tahu.
Pegangan tasya pada kakinya terasa tidak sekuat tadi. Gadis malang itu telah
pun rebah di kakinya. Hati hariz terdetik untuk menolong, namun dia takut
airmatanya tidak dapat dibendung lagi.”
“ya
ALLAH..tasya!!! apa dah jadi dengan tasya ni riz?? Apa yang kau dah buat kat
dia?? Ya ALLAH..tasya!! tasya!! Bangun nak…”
Ibu hariz
memangku kepala tasya. Wajah tasya kelihatan pucat mungkin kerana terkejut
dengan apa yang didengari dari ulas bibir hariz. Namun, hariz terus berlalu ke
biliknya. Pintu bilik dihempaskan sekuat hatinya. Hariz terduduk di birai
katil. Airmatanya di biarkan mengalir deras dari kolam matanya yang hening.
“ya
ALLAH..kenapa kau duga aku sebegini rupa? Maha berat dugaanmu padaku ya
ALLAH..kau tabahkanlah hati hambamu ini…”
Hariz
merebahkan badannya tatkala kepalanya terasa sakit yang teramat sangat.
* * *
“riz..terus
terang dengan ibu..kenapa buat macam ni? Riz dah malukan family kita.. riz pon
dah malukan family tasya dengan membatalkan semuanya di saat akhir macam ni
sedangkan semua persiapan dah di sediakan, kad jemputan pun dah di hantar.”
“ibu takkan
faham, bu..”
“kalau riz
tak bagitahu ibu, tak berterus terang pada ibu, ibu memang takkan faham..kenapa
riz? Riz dah jumpa perempuan lain ke? Riz jatuh cinta dengan perempuan lain? Ke
memang niat riz dari dulu lagi nak malukan tasya? Nak malukan ibu dengan ayah??
Tak cukup ke kasih sayang yang ibu bagi pada riz selama ni? Ape salah ibu pada
riz?? ”
Hariz
menghela nafas panjang. Desakan dan tuduhan yang terlalu pahit untuk ditelan.
“ibu..riz
minta maaf sebab riz lambat bagitau semua ni kat ibu. Bukan niat riz nak
rahsiakan semua ni apatah lagi nak membelakangkan ibu dalam hal ni. Tapi, riz
betul-betul tak sampai hati nak bagitahu ibu. Tapi, bila ibu cakap macam tu,
riz fikir lebih baik riz berterus terang sebab kalau riz tak bagitahu sekarang
pon, lambat laun ibu akan tau jugak sebab lepas ni, memang riz nak duduk kat
sini..dengan ibu dan ayah.”
Hariz
melangkah kearah rak yang menyimpan diarinya. Satu sampul surat panjang
berwarna putih di genggam erat.
“ibu tolong
bagi sampul ni pada tasya bila riz dah takde lagi kat dunia ni……”
Ibu hariz
melopong mendengar bait bicara si anak.
“ibu..riz
sayang ibu…riz sayangkan tasya jugak. Tapi, mungkin ini ujian dari ALLAH buat
riz. Riz terima semua ni dengan hati yang redha bu..riz harap ibu pon macam tu
jugak.”
“riz..apa
dah jadi nie? Kenapa cakap macam ni? Ibu tak faham……..”
“ibu, riz
disahkan menghidap kanser. Penyakit riz dah terlalu kritikal sampai doktor dah
tak mampu nak buat apa-apa lagi dah. Selama ni memang riz rahsiakan dari ibu.
Riz sakit sejak di oversea lagi tapi mengenangkan kemiskinan kita, riz takut
nak bagitau ibu. Kos pembedahan masa tu dalam 50ribu. Bila riz dah kumpul duit
sekarang, doktor kata riz dah tak boleh di bedah sebab peluang pembedahan tu
untuk Berjaya terlalu tipis. Riz menunggu masa untuk kembali, ibu..maafkan
riz…”
Hariz
mengucup tangan ibunya penuh syahdu. Rambutnya terasa basah. Saat hariz
mendongak, airmata si ibu mengalir di dahinya. Lantas, hariz memeluk ibunya dan
menangis persis anak kecil di bahu ibunya.
* * *
Hariz
merenung deruan ombak yang menghempas pantai
dengan penuh kesyahduan. Selepas hari ini, dia sendiri tidak tahu masih adakah peluang untuknya
menatap semua ini.
“riz..menungkan
apa tu?”
Hariz
berpaling menatap wajah tua si ayah yang setia memberi kata-kata perangsang
kepadanya.
“takde ape
lah..ibu mana, ayah?”
Ayah hariz
merenung wajah anak kesayangannya itu. Wajah itu tampak pucat dan cengkung
berbanding dulu. Tubuh yang dulunya agak berisi, kini telah menjadi terlalu
kurus. Serta merta hatinya sebak. Lantas pandangannya dihalakan ke lautan luas.
“riz..apa
pon yang berlaku..ayah tetap sayangkan riz.”
Hariz
berpaling sambil tersenyum. Namun senyumannya dirasakan cukup tawar. Hariz
turun dari batu besar yang diduduki sedari tadi. Kakinya dihayunkan kearah
ombak yang menghempas pantai. Hariz ketawa persis anak kecil apabila ombak yang
deras menghempas kakinya. Ayahnya yang merenung dari jauh tersenyum jua tanpa
sedar ada airmata yang menodai pipi tuanya. Hariz yang tadinya leka bermain
ombak kini berdiri tegak. Dengan tiba-tiba, hariz rebah di atas pepasir pantai
yang dibasahi air laut.
“harizzzzz!!!!!!!!!”
Ayahnya
menerpa kearah hariz. Tubuh hariz dikendong dengan kudratnya yang tidak
seberapa. Ayah hariz tersungkur di anak tangga pertama rumah usang itu.
“midah!!!
Tolong abang midah!!!”
* * *
Satu
persatu wajah di hadapannya direnung lembut. Ibunya tersenyum sambil mengesat
juraian airmata yang bertali arus menuruni pipi. Hariz melarikan jemarinya di
pipi si ibu. Airmata yang mengalir di pipi tua itu di seka perlahan.
“kenapa ibu
nangis? Hariz tak mati lagi ni,kan?”
Hariz
tersenyum walau tampak payah. Ibunya sekadar menggeleng tanpa sebarang bicara.
Hariz meliarkan matanya ke sekitar bilik itu. Tampak terlalu asing bagi
dirinya.
“ibu..kita
kat mana?”
“kat
hospital, riz..”
Hariz
mengerutkan keningnya perlahan.
“kenapa
bawak riz kat sini? Tak maulah..jom kita balik rumah. Riz tak sakit la..riz dah
sihat dah..”
Hariz
bangun dari pembaringan. Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai hospital, pintu
terkuak dari luar.
“Doktor
Nazmi?”
Doktor muda
yang berkaca mata itu tersenyum manis.
“apa khabar
hariz? Dah okay sikit?”
Hariz
mengeluh perlahan.
“doktor,
bila saya boleh keluar dari hospital ni? Saya bosan la..”
Doktor
nazmi tergelak kecil.
“awak
ni..macam budak-budak la..awak kena duduk hospital agak lama kali ni sebab
pihak kami dah bersetuju untuk merawat awak selagi kami mampu. Walaupun peratus
awak untuk terus bertahan agak tipis, namun tak salah kan kalau kita cuba?
Ketentuan ALLAH itu tak siapa yang tahu..”
Hariz
menggeleng perlahan.
“saya dah
takde harapan , doktor. Tak payah lah..biarkn saya habiskan sisa hidup saya ni
di rumah je. Ibu..jom kita balik..”
“riz..kita
ikhtiar,nak…”
Hariz
mengeluh perlahan. Kalau itu kata ibu, bermakna dia tiada pilihan. Biarlah dia
mengikut kehendak orang yang dia sayangi sekurang-kurangnya kalau dia
benar-benar telah pergi, mereka tidaklah merasa terkilan.
* * *
Hariz
bosan. Seminggu berada di sini seakan bertahun lamanya. Kehadiran ibu dan
ayahlah menjadi pengubat kebosanan. Kadang-kadang fikirannya melayang
teringatkan tasya. Entah apalah nasib gadis kecil molek itu? Seketika hatinya
di gamit rindu.
`tasya..riz
minta maaf. Sudah takdir riz macam ni.. kalau boleh, memang riz nak teruskan
perkahwinan kita. Riz teringin nak bahagiakan tasya..namun apa daya riz. Semua
nie bukan kehendak riz. Riz terpaksa akur pada qadha dan qadar ALLAH, sayang……`
Hatinya
bermonolog sendiri. Airmata yang mengalir diseka perlahan tatkala pintu
biliknya terkuak. Doktor Nazmi masuk selepas memberi salam. Hariz hanya
mengangguk perlahan memberi kebenaran.
“macamana
awak rasa sekarang, hariz?”
“ntahlah
doktor..ada lagi ke peluang untuk saya terus hidup?”
Doktor
Nazmi tersenyum.
“tindak
balas tubuh awak pada sesi kemoterapi yang dijalankan nampaknya positif. Saya
tak ragu-ragu lagi untuk beritahu awak hal ni. Peratus awak untuk terus hidup
jika awak teruskan sesi ni dah meningkat. Tapi, kita hanya merancang. ALLAH
juga yang menentukan segalanya..kan?”
Hariz
meraup wajahnya sambil mengucapkan syukur pada illahi. Tiba-tiba, wajah tasya
sedang tersenyum menari-nari di ruang matanya. Hariz mencapai telefon
bimbitnya. Telefon itu direnung.
`ah..terlalu
awal…kalau apa-apa jadi, dia sedih…lebih baik aku biarkan dulu….`
Telefon itu
di letakkan kembali di atas meja kardiak di hospital itu.
“kenapa?
Tadi happy..tiba-tiba je…..”
“takde
apelah..mula-mula, saya ingat nak bagitau bekas tunang saya, tapi, terlalu awal
la..biarlah saya dah betul-betul sihat nanti, saya bagitau la dia”
Doktor
Nazmi mengangguk perlahan. Lantas, bahu hariz ditepuk perlahan.
“saya kagum
dengan semangat awak. Selalunya, pesakit yang sakitnya macam awak, cepat benar
berputus asa. Tapi, saya tengok awak tabah.
Syabas, hariz..”
“thanks,
doktor.. kalau tak kerana doktor, saya mungkin dah……..”
“tak,
hariz.. semua ni kehendak ALLAH..saya Cuma menolong apa yang patut je. Lagipun,
dah jadi tugas saya sebagai seorang doktor merawat awak sebagai pesakit
saya..kan?”
“apapon..terima
kasih, doktor…”
* * *
Gambar
tasya di dekatkan ke dadanya. Matanya dipejamkan serapat mungkin. Betapa
hatinya kini resah digamit rindu. Kalau lah dia tidak sakit, mungkin hari ini
mereka akan meraikan ulang bulan perkahwinan mereka. Ah!! Dunia memang kerap
berubah dan perubahannya memang tidak dapat dijangka. Hariz menyisir rambutnya
kemas. Hari ini, dia terasa ingin bersiar-siar di taman hospital itu. Seperti
semalam, gambar tasya masih erat dalam genggaman jemari kanannya. Hariz
melangkah perlahan. Ingatannya pada tasya semakin kuat. Entah mengapa, rindu di
dadanya terasa kuat menusuk kalbu.
Siren
ambulans yang menghampiri jabatan kecemasan itu membingitkan telinga. Hariz
yang semakin hampir dengan jabatan kecemasan, menghentikan langkahnya. Bukan
siren ambulans itu yang menjadi perhatian tetapi kereta waja yang mengekor di
belakang itu yang membuatkan dia terkaku. Saat seorang jururawat dan pembantu perawatan
kesihatan mengeluarkan mangsa dari dalam ambulans, hariz menerpa kearah tubuh
yang terbujur kaku itu.
“tasya!! Ya
ALLAH..apa dah jadi,ni?”
Tasya di
bawa ke dalam zon merah di unit kecemasan. Hariz berlari kearah ayah dan ibu
tasya.
“pakcik,
makcik..kenapa dengan tasya?”
Kedua orang
tua itu hanya menggeleng perlahan.
“ntahlah..dah
2 hari dia tak keluar dari bilik. Bila pakcik pecahkan pintu bilik dia tadi,
tengok dia dah tak sedarkan diri.. tak tau la apa dah jadi.”
Hariz
merenung wajah ayah dan ibu tasya. Ibu tasya mengesat matanya yang berair.
“hariz..kenapa
buat tasya macam tu,nak? Dah sebulan dia menangis tak henti-henti. Dia salahkan
diri dia sendiri atas apa yang berlaku.”
Hariz
mengeluh perlahan.
“makcik,
pakcik…makcik dan pakcik pon Nampak kan saya kat mana sekarang dan pakai baju
apa..saya..ermm..tak payah lah saya cerita perkara sebenarnya..Cuma, saya harap
pakcik dan makcik dapat faham situasi yang saya hadapi sekarang. Saya….”
“kami tak
faham apa yang berlaku sekarang. Pakcik Cuma nak tahu kenapa hariz boleh
tinggalkan tasya macam tu je? Hariz dah lukakan hati tasya…hariz tahu tak,
tasya sayang sangat kat hariz? Sampai hati hariz buat tasya macam tu? Apa salah
tasya? Apa yang dah jadi sebenarnya?”
Hariz
bungkam. Pertanyaan yang spontan dari ayah tasya sememangnya tidak mampu di
jawab. Hariz terdiam. Setelah lama membisu, hariz mendongak memandang wajah tua
yang di anggap seperti ayahnya sendiri.
“hariz
minta maaf, pakcik…..”
Ayah tasya
menggeleng. namun, belum sempat hariz bersuara, seorang doktor datang dari
pintu zon merah yang terbuka. Ayah tasya bergegas mendapatkan doktor yang baru
muncul dari bilik tersebut. Hariz hanya memandang dari jauh. Lantas, kakinya
dihayunkan untuk melangkah pergi dari situ. walaupun dia betul-betul ingin
mengetahui keadaan insan yang amat dicintainya. Hatinya terguris dengan
kata-kata dari ayah tasya.
`biarlah..satu
hari nanti, kamu semua akan faham kenapa aku buat macam ni…`
Hariz
menapak ke taman lantas punggungnya dilabuhkan di atas kerusi kayu bersebelahan
kolam buatan yang begitu cantik dihias. Jemarinya menyentuh air di dalam kolam
itu. Kedinginan air terasa menjalar ke seluruh tubuhnya. Hariz menarik nafas
sedalam yang mungkin bagi menahan airmata yang sedari tadi terasa ingin
mengalir namun hariz tewas juga akhirnya. Airmata yang mengalir diseka
perlahan. Semakin dihalang, semakin laju airmatanya jatuh menodai pipi
lelakinya. Hariz merintih tapi sekadar di dalam hati. Seboleh-bolehnya, dia
tidak mahu orang lain mengatakan dirinya seorang lelaki yang lemah dan tak
tahan dugaan. Sesungguhnya, dia tahu bahawa dirinya kuat. Buktinya, hingga ke
hari ini dia masih mampu berdiri dan tersenyum bagaikan tidak ada yang
menggusarkan hatinya. Sedangkan maut seakan berlegar-legar di sekelilingnya dan
seakan tidak sabar untuk menjemputnya pergi.
* * *
Hariz
menapak masuk ke dalam wad yang tertera nama `Natasya Adilla Bt Abd Rasyid` di
daun pintu. Wajah tasya yang pucat direnung. Wajah itu tampak terlalu cengkung.
Hariz mengeluh perlahan. Lantas, hariz menarik sebuah kerusi supaya rapat
dengan tasya dan terus duduk. Jemari tasya di capai lantas direnung. Memang
kelihatan pucat. Hariz menggenggam jemari tasya lantas mengucup jemarinya
perlahan. Airmata gugur di lengan tasya. Perlahan-lahan tasya membukakan
kelopak mata yang tadinya tertutup rapat.
“riz…riz
buat apa kat sini?”
Lemah suara
gadis itu menusuk ke pendengaran hariz. Lantas, jari telunjuknya di rapatkan ke
bibir si gadis.
“shhh…diam,
sayang…jangan banyak bercakap. Muka tasya dah pucat sangat ni..”
Tasya
tersenyum walaupun tampak payah. Jemarinya di angkat perlahan. Lantas airmata
hariz diseka.
“jangan
nangis, riz…”
“tak, sayang..riz
tak nangis…”
Hariz
menggeleng perlahan sambil matanya masih merenung wajah tasya.
“riz nak
tasya tahu, riz sayangkan tasya. Riz memang sayang sangat kat tasya. Cuma, riz
buat semua ni sebab riz terpaksa. Kalau ada jodoh untuk kita bersama, kita
pasti akan kahwin jugak..ye, sayang?”
Tasya
merenung hariz dengan pandangan yang sayu. Bibirnya digerakkan tanda ingin
bersuara namun bunyi tombol pintu di pulas mematikan hasratnya. Hariz dan tasya
menoleh kearah pintu. Tidak lama kemudian, muncullah ayah dan ibu tasya.
“hariz? Kau
buat apa dekat sini?”
Ayah tasya
bersuara agak kasar. Hariz sekadar merenung wajah tua itu.
“kau buat
apa dekat sini? Kau pergilah balik. Kau dengan tasya dah tak ada apa-apa
ikatan. Jadi, pakcik rasa tak payahlah kau datang sini sebab pakcik, makcik dan
tasya dah menyampah nak tengok muka kau. Kau dah bawak bala dalam keluarga
kami!!”
“tapi,
pakcik..saya Cuma….”
“pakcik
taknak dengar apa-apa lagi. Baik kau pergi!!!”
Tasya menggeleng
pantas.
“ayah..jangan
halau dia..”
“kau diam,
tasya!! Nampaknya kau tak sedar lagi apa yang dia dah buat dengan kau. Kau tak
pernah serik ke tasya?? Laki macam ni, memang tak berguna langsung…”
“pakcik..bagi
peluang untuk saya terangkan segala-galanya…”
“takde
maknanya hariz.. yang pakcik tahu, antara kau dengan tasya dah takde apa-apa
hubungan lagi dah dan kau pun dah malukan keluarga pakcik lepas tu senyap macam
tu je!”
“tapi..saya
ada sebab, pakcik…”
“pakcik
taknak dengar apa pon yang kau nak cakap. Pakcik Cuma nak kau keluar dari
sini.”
Ayah tasya
menarik tombol pintu dan membuka pintu seluas yang mungkin. Hariz masih
merenung wajah tasya. Genggaman jemari tasya semakin utuh bertaut bersama
jemarinya. Ada airmata yang mengalir dari tubir mata si gadis. Ingin sahaja
hariz menyeka titisan-titisan halus itu, namun lengannya direntap sekuat
mungkin dan dia ditolak keluar dengan kasar oleh ayah tasya. Hariz terjelepok
di tepi sebuah kerusi yang sememangnya diletakkan di situ. Kepalanya terhantuk
agak kuat di kerusi itu. Hariz memegang kepalanya yang terasa sakit serta
pandangannya kelihatan berpinar-pinar. Tanpa disedari oleh sesiapa, hariz rebah
di situ.
* * *
Hariz
membuka matanya perlahan-lahan. Suasana bilik yang dihuninya tika ini terasa begitu
asing baginya. Hariz cuba untuk bangun namun terasa amat payah. Topeng oksigen
yang dipakaikan padanya di tanggalkan perlahan-lahan. Kepalanya yang terasa
berdenyut di raba perlahan. Hariz tersentak bila kepalanya terasa seperti di
balut. Hariz merasa dirinya begitu lemah lantas matanya di pejamkan serapat
yang mungkin untuk cuba mengingati apa yang telah terjadi. Yang terlintas di
ingatannya tika ini adalah Natasya Adilla!!
“hariz………..”
Perlahan-lahan
matanya dibuka semula.
“doktor
nazmi?”
Doktor nazmi
tersenyum. Baguslah awak dah sedar..dah hampir 3 bulan awak koma.”
“saya? Saya
koma??”
“ye,
hariz…awak pon telah di bedah. Tapi…”
Wajah
doktor nazmi kelihatan berkerut lantas sebuah keluhan kasar keluar dari ulas
bibirnya.
“tapi apa,
doktor?”
“takde ape
lah..Cuma awak tu, banyakkan berehat,k? nanti, saya akan datang lagi untuk
periksa awak.”
Doktor
nazmi berlalu pergi selepas memasangkan semula topeng oksigen pada hariz. Hariz
bingung, sewaktu topeng oksigen di tanggalkan, dadanya berdegup dengan begitu
pantas. Namun, apabila topeng oksigen dipakaikan semula, barulah dadanya yang
tadi berombak kencang kembali seperti biasa.
2 hari
terjaga dari koma, namun hariz masih belum mampu untuk bangun. Untuk bercakap
pon dirasakan amat payah. Wajah ibu dan ayah pula masih tidak kelihatan. Hariz
merasa pelik. Tidak mungkin ayah dan ibunya tidak datang melawat dirinya yang
sedang terlantar. Hanya doktor nazmi dan jururawat yang dilihat saban hari.
Namun setiap kali mulutnya ringan bertanya, setiap kali itulah doktor nazmi
seakan mengubah topik perbualan. Sudahnya, dirinya ditinggalkan dengan
persoalan yang masih tidak diketahui jawapannya. Hariz bingung. Mana ayahnya,
ibunya dan tasya? Ya, masih segar di dalam ingatannya, titisan-titisan halus
yang terbit dari tubir mata bening si gadis.
* * *
Hariz
merenung wajah doktor nazmi yang sememangnya seorang doktor yang baik dan
sentiasa memberikan kata-kata perangsang kepadanya.
“doktor..saya
taknak doktor mengelak lagi. Tolonglah jawab pertanyaan saya. Mana ibu dan ayah
saya? Kenapa saya tak Nampak diorang? Doktor tak bagitau diorang ke yang saya
dah sedar?”
Doktor
nazmi mengeluh. Haruskah dia memberitahu perkara sebenarnya?
“hariz..awak
berehat lah ye..”
“tak,
doktor…hati saya takkan tenang selagi tak tahu. Mana ibu dan ayah?”
Hariz
bersuara agak keras.
“sebenarnya,
ibu dan ayah awak dah takde. Diorang berdua terlibat dalam kemalangan sebulan
selepas awak di bedah. Kemalangan tu berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke
sini untuk melawat awak. Maafkan saya. Saya takut awak tak kuat nak hadapi ini
semua. Tuhan lebih sayangkan mereka berbanding kita semua.”
Doktor
nazmi tunduk. Tidak sanggup rasanya dia untuk menatap wajah hariz yang ketara
terkejut dengan kenyataannya sebentar tadi.
“doktor..doktor
tipu saya,kan? Ibu saya masih hidup,kan?ibu dan ayah saya masih ada,kan? Cuma
diorang takde masa nak datang melawat
saya,kan doktor?”
Doktor
nazmi menggeleng. Serentak itu, airmata hariz mengalir laju ke pipi lelakinya.
“saya harap
awak tabah hadapi semua ini kerana ini adalah dugaan ALLAH terhadap
hambanya..banyakkan bersabar ya..”
Doktor
nazmi menepuk bahu hariz perlahan. Hariz sekadar menggelengkan kepalanya tanda
tidak percaya.
“kenapa
saya di uji sebegini rupa?apa salah saya?”
“hariz..jangan
cakap macam tu. Tak baik..”
Hariz
merebahkan tubuhnya ke katil. Wajah tua ibu dan ayahnya menerpa di ruang mata.
Rindu menggamit hatinya yang kesepian. Ah!! Alangkah bagusnya kalau dia yang
pergi dulu. Terasa begitu siksa apabila terpaksa menerima pemergian orang yang
tersayang. Sedangkan selama ini dirinya yang bergelut dengan penyakitnya,
tetapi yang dijemput pergi adalah insan yang sihat walafiat. Begitukah dunia??
Keadilannya seakan tiada. Namun, siapalah dia untuk mempertikaikan kehendak
illahi. Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.
Sekurang-kurangnya, ibu dan ayahnya tidak perlu menangisi jasadnya tatkala
dikebumikan dan mereka pasti akan bertemu tidak lama lagi. Ya!hariz pasti!
* * *
“hariz..awak
tak boleh macam ni. Awak kena makan ubat yang nurse bagi.”
“buat apa
saya makan ubat? Dan buat apa saya hidup? Kenapa doktor selamatkan saya? Kenapa
doktor benarkan saya di bedah? Kenapa?”
Suara hariz
kasar menampar gegendang telinga doktor nazmi.
“sebab saya
nak awak terus hidup. Awak berhak untuk hidup, hariz..”
“tapi, buat
apa saya hidup tanpa ibu dan ayah saya? Hidup saya takde makna tanpa diorang.
Saya dah jadi anak yatim piatu! Saya sebatang kara, doktor..”
Hariz
menangis persis anak kecil. Doktor nazmi hanya mampu melihat kekecewaan hariz
itu. Sudah habis ikhtiarnya tika ini. Untuk memujuk, hariz dirasakan bukan lagi
anak kecil. Hariz sudah dewasa dan boleh memikirkan baik buruknya sesuatu
perkara. Doktor nazmi berlalu pergi. Airmata yang bergenang di kolam matanya di
sembunyikan dari pandangan hariz. Doktor nazmi sendiri dapat merasai betapa
hancurnya hati hariz tika ini. Dugaan yang menimpa dirinya melanda persis
turunnya hujan dari langit bertali arus tanpa henti. Doktor nazmi sendiri tidak
pasti berapa lama lagi hariz boleh hidup kerana semua doktor pakar yang menjalankan
pembedahan telah sebulat suara mengatakan pembedahan terhadap hariz telah
gagal. Barah yang menyerang bahagian otak hariz telah jauh merebak hinggakan
tidak mungkin dapat dikeluarkan semuanya.
Hariz
merenung ke kaca tingkap. Awan yang tampak berbalam-balam itu di selubungi
mendung persis hatinya yang begitu kecewa tika ini. Hariz merenung ke
sekeliling bilik itu. Hatinya terasa kosong. Hidupnya selepas ini pastinya
tidak akan seceria dahulu. Kesunyian seakan menjadi peneman setia dirinya.
Hariz mengeluh lagi. Mengeluh untuk kesekian kalinya. Entahlah…hidupnya tika
ini terasa tidak bermakna langsung. Baginya, lebih baik dia mati dari terus
hidup begini.
“hariz..please..makanlah
ubat ni..”
Hariz
menggeleng perlahan. Ubat yang dihulurkan oleh doktor nazmi tidak di pandang
langsung. Doktor nazmi memberikan isyarat mata pada seorang jururawat
memintanya keluar dan menyerahkan tugas ini kepadanya. Memujuk hariz untuk
menelan ubatan yang hanya mampu mengurangkan kesakitan yang di alami jejaka
tersebut.
“hariz..saya
merayu pada awak. Tolong la makan ubat ni.. awak belum betul-betul pulih lagi.
Awak kena makan ubat.”
Doktor
nazmi meletakkan beberapa butir ubat di atas tapak tangan hariz namun ditolak
kasar sehinggakan ubat-ubat itu bertaburan jatuh ke lantai.
“hariz!!
Awak sepatutnya bersyukur sebab dapat peluang untuk hidup. Tapi, awak
sia-siakannya. Macam ni ke balasan awak pada saya dan pada ALLAH yang telah
bagi peluang untuk awak hidup? Ini ke balasan awak sebagai tanda syukur?”
Hariz
menapak ke pintu dan terus keluar. Hatinya tersayat pilu bila mendengar
kata-kata doktor nazmi. Kejamkah dia? Tak tahu bersyukur? Tapi, dia merasakan
dirinya betul-betul tidak berdaya untuk hidup. Hariz meneruskan langkahnya ke
taman rekreasi yang di bina di dalam kawasan hospital itu. Langkah hariz
terhenti apabila kepalanya tiba-tiba merasa sakit yang teramat sangat dan
akhirnya hariz rebah menyembah bumi.
* * *
Doktor
nazmi memekup mukanya dengan kedua tapak tangan. Dia menangis. Menangis kerana
1 lagi nyawa bakal melayang bila-bila masa saja lagi. Wajah hariz yang terbujur
direnung lembut. Alangkah beratnya beban yang di tanggung oleh lelaki ini.
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Doktor nazmi kesal.
Kesal kerana telah menipu hariz dan kedua orang tuanya satu masa dulu.
Sememangnya, sejak hariz menjalani kemoterapi, peratusnya untuk sembuh sedikit
pon tiada apabila melihat kanser itu telah merebak ke organ utamanya dan tetap
tidak boleh dikawal. Tetapi, apabila melihatkan kesungguhan seorang ibu dan
ayah yang begitu mengharapkan anaknya sihat, doktor nazmi terpaksa menipu.
Sesungguhnya, dia tidak sanggup melihat airmata wanita tua itu berguguran ke
pipinya. Walaupun merasa berdosa kerana telah memberi harapan palsu, tetapi dia
berpuas hati kerana kedua orang tua itu terus tersenyum selepas mendengar
kata-katanya. Tetapi, sungguh tidak di sangka, orang yang sakit masih bertahan
sampai sekarang, sedangkan yang sihat walafiat di jemput pergi terlebih dahulu.
“ibu…”
Doktor
nazmi mengesat matanya yang basah. Wajah hariz direnung lagi. Mata pemuda itu
amsih terpejam rapat, namun bibirnya memanggil-manggil ibu yang sememangnya
sudah tiada.
“ibu…”
Doktor
nazmi lantas keluar mendapatkan jururawat di kaunter.
“kak fiza,
tolong tengok-tengokkan pesakit di bilik hujung, hariz izwan. Saya ada hal
sikit.”
Jururawat
tersebut mengangguk dan terus berlalu. Doktor nazmi kembali ke biliknya.
Doktor
nazmi melihat kearah tingkap. Sememangnya fikirannya kusut. Kenyataan yang
harus di hadapi ialah dia bakal melihat satu lagi jenazah di usung keluar dari
hospital ini. Dan yang paling memeritkan ialah jenazah itu merupakan jenazah
pesakitnya sendiri. Sememangnya dia adalah doktor namun takdir jauh lebih hebat
darinya kerana takdir itu adalah ketentuan ALLAH.
* * *
“ayah..tasya
bukan budak-budak lagi. Tolong la benarkan tasya hidup dengan keputusan tasya
sendiri. Tasya nak teruskan perkahwinan ni!!”
“tasya!!
Ayah takkan benarkan tasya kahwin dengan hariz!! Dia dah malukan keluarga
kita!! Ayah takkan terima dia jadi menantu ayah sebab dia tak layak untuk
tasya!!”
“tapi,
ayah.. tasya sayangkan dia. Tasya terlalu sayangkan dia..”
“tasya
boleh amik sebanyak mana masa yang tasya mahu untuk lupakan dia..yang ayah nak,
tasya lupakan hariz!!”
“tapi,
ayah…”
“takde
tapi-tapi lagi..ikut cakap ayah!!”
Tasya
tunduk. Airmata yang tadinya bertakung di kolam matanya mengalir tanpa dapat di
tahan lagi. Tasya meraung. Kata-kata ayah sememangnya tak dapat dibantah lagi.
Ibunya hanya menggeleng, sayu melihat rintihan si anak, namun apa dayanya..sememangnya
suaminya terlalu mengongkong. Dia sendiri tidak mampu untuk mengubah keputusan
suaminya yang ternyata tiada keadilan buat anak kesayangan mereka.
* * *
“doktor..boleh
saya Tanya 1 soalan?”
Doktor
nazmi merenung wajah hariz yang tampak pucat
“ye..tanye
la..insyaALLAH saya akan cuba jawab.”
“doktor…saya..sememangnya
saya..dah takde peluang untuk terus hidup,kan?”
Doktor
nazmi tersentak. Macamana hariz boleh tahu? Doktor nazmi cuba untuk
senyum..senyum yang dibuat-buat dan sengaja di maniskan wajahnya.
“apa yang
awak merepek ni hariz?”
“doktor..doktor
jangan la nak tipu saya. Sememangnya badan ni milik saya dan saya dapat rasa
perubahannya. Saya dah hampir nak mati,kan?
Doktor
nazmi menelan liurnya yang terasa amat pahit. Kerongkongnya terasa tersekat,
lidahnya kelu. Doktor nazmi hanya mampu merenung wajah lesu di hadapannya itu
dengan rasa simpati yang menggunung.
“hariz..saya
tak boleh nak kata apa..Cuma berserah sahajalah pada ALLAH..banyakkan
berdoa,ya..”
Hariz
mengangguk. Doktor nazmi terus berlalu. Tidak di sangka, hariz begitu tabah.
Masih boleh bersabar saat mengetahui detik ajalnya kian tiba.
Hariz
merenung gumpalan awan yang berarak menutupi sang matahari.
“indahnya
matahari….esok, dapat lagi ke aku tengok matahari?”
Hariz
menggigit bibirnya yang pucat. Mungkin ini takdir yang patut di terima. Hariz
tak terkilan andainya dia di panggil menghadap illahi tika ini kerana dia
sememangnya sebatang kara. Tiada apa lagi yang penting kecuali tasya. Ah!!
Gadis itu terlalu banyak menderita tika ini. Hariz merenung kearah pintu
apabila terdengar tombol pintu di pulas dari luar.
Seorang
jururawat masuk menatang sedulang hidangan tengahari. Hariz memandang sayu pada
nasi dan lauk pauk yang di letakkan di hadapannya.
“nurse..tolong
saya, boleh tak?”
“erm…insyaALLAH..tapi,
tolong apa, encik hariz?”
“tolong
bawakan kertas dan pen untuk saya, boleh?”
Jururawat
itu mengangguk lantas terus berlalu. Hariz menghela nafas panjang. Sepucuk
surat perlu di lakarkan buat tasya. Agar semuanya jelas dan difahami si gadis
yang begitu tulus menyintai dirinya.
* * *
“masuk!”
Doktor
nazmi bersuara nyaring apabila mendengar ketukan di pintu biliknya.
“assalamualaikum,
doktor.”
Doktor
nazmi memandang empunya suara, lantas tersenyum.
“oh,
hariz..saya ingatkan siapa tadi..duduklah.”
“takpe lah
doktor..saya pon tak lame..Cuma nak sampaikan sesuatu je.”
“duduklah
dulu…”
Doktor
nazmi bersuara lembut. Dengan berat hati, hariz melabuhkan punggungnya di
kerusi yang bertentangan dengan doktor nazmi.
“saya nak
mintak doktor tolong sampaikan warkah ni pada seseorang boleh tak?”
Hariz
menghulurkan sepucuk surat yang dilipat kemas.
“awak nak
suruh saya bagi pada sape, ni?”
Doktor
nazmi menyambut huluran surat itu dari jemari hariz.
“pada
tasya. Surat ini saya tulis khas buat insan yang paling saya cintai seumur
hidup saya..alamatnya ada di situ. Saya harap doktor dapat berikan surat ni
pada tasya selepas jenazah saya telah selamat dikebumikan. Lagi satu, amanat
saya..tolonglah tunjukkan tempat saya di semadikan pada dia dan sampaikan salam
saya pada dia ya. Dan….katakan pada dia…”
Airmata
hariz menitis. Doktor nazmi terus tunduk menahan pandangan mata yang kian
kabur.
“…katakan
pada dia..cinta dia pada saya amat saya hargai…dan cinta itulah saya bawa
sehingga ke liang lahad….saya takde sesiapa selain dia untuk doakan saya di
sana, nanti…”
Suara hariz
kedengaran serak. Airmata yang mengalir dibiarkan terus mengalir. Untuk apa dia
malu pada insan yang sentiasa ada di setiap sakit dan pedih yang di laluinya.
Doktor nazmi pasti faham. Doktor nazmi mengangguk perlahan.
“insya
allah…akan saya sampaikan….”
“thanks doktor..saya pergi dulu..”
Hariz
bangun dari duduknya. Namun sebelum sempat kakinya melangkah, wajah doktor
nazmi ditatap semula.
“andai saya
Tanya satu soalan pada doktor, boleh doktor jujur dengan saya?”
Doktor
nazmi sekadar mengangguk menahan sebak yang mula bertandang.
“doktor
belum berkahwin,kan?”
“ye..belum
sampai jodoh saya..kenapa?”
“kalaulah…kalau
saya titipkan tasya untuk doktor, doktor sudi tak?”
Doktor nazmi
melopong mendengar permintaan hariz.
“tapi….”
“saya tak
paksa..Cuma, saya nak tasya dapat lelaki yang baik sebaik doktor..saya kenal
hati budi doktor..tapi, kalau doktor xdapat penuhi permintaan terakhir saya ni,
saya tak kesah..jodoh, ajal pertemuan bukan di tangan saya dan bukan di tangan
mana-mana manusia sekalipun. Terima kasih, doktor…”
Hariz terus
melangkah keluar meninggalkan doktor nazmi yang nyata masih terkejut dengan apa
yang di dengarinya. Perlahan, kepalanya digelengkan.
“aku tak
rasa aku mampu tunaikan permintaan terakhir kau, hariz….maafkan aku”
Hariz
berlari memasuki biliknya dan menghamburkan tangisannya sepuas mungkin. Hariz
redha… redha andainya hidupnya hanya setakat ini sahaja kerana kerinduan pada
ayah dan ibunya terasa begitu kuat mencengkam pelusuk hatinya.
“ayah…ibu…tunggu
hariz, ya…tak lama lagi, hariz akan temankan ayah dan ibu..hariz janji…”
* * *
Sayup-sayup
alunan bacaan yaasin kedengaran di setiap pelusuk hospital. Doktor nazmi meraup
mukanya yang dibasahi airmata. Sesungguhnya, hatinya pilu..pilu melihat jenazah
yang terbaring kaku tanpa ada yang menziarahi. Disebabkan itulah dia mengupah
sekumpulan kanak-kanak dari sekolah tahfiz supaya datang membacakan yaasin buat
jenazah hariz. Mudah-mudahan rohnya dirahmati ALLAH.
“doktor..jenazahnya
nak di hantar ke mana? Saya dah booking sebuah kereta jenazah.”
“rumah dia
tak jauh dari sini, tapi, saya nak jenazahnya siap disembahyangkan, baru
dihantar ke tanah perkuburan di kampung dia. Lagipon, saya dah booking tapak
kubur tadi. Mungkin dalam proses menggali liang lahad dah sekarang ni.”
Jururawat
bertugas mengangguk lantas berlalu memanggil rakan sejawatnya untuk sama-sama
menguruskan jenazah ini sebelum pihak bilik mayat mengambil jenazah untuk
diuruskan mengikut agama islam. Tujuan jururawat di dalam wad hanyalah
menanggalkan segala jarum atau jahitan yang masih ada di badan si mati sebelum
jasadnya di ambil dan di bawa ke bilik mayat.
Setelah
jenazah hariz siap dikafankan di perkarangan bilik mayat hospital, jenazahnya
di sembahyangkan secara beramai-ramai di masjid berdekatan oleh kanak-kanak
tahfiz serta orang ramai yang kebetulah usai solat zohor berjemaah di situ.
Setelah selesai disembahyangkan, jenazah hariz dihantar ke kampungnya di kuala
perlis. Sesampainya di kampung hariz, ramai orang yang datang melawat setelah
ternampak van jenazah di parkir di kawasan tanah perkuburan. Doktor nazmi yang
masih lengkap dengan pakaian kerja menanggalkan kot putih yang masih tersarung
di tubuhnya.
“encik..siapa
yang meninggal??”
Seorang lelaki
berumur lingkungan 50-an menghampiri doktor nazmi sambil menghulurkan tangan.
Doktor nazmi menyambut huluran tangan lelaki tua itu
“hariz,
pakcik..hariz izwan yang duduk kat rumah hijau hujung kampong tepi laut sana
tu..”
“kesian..hari
tu, mak dengan ayah dia baru ja meninggal dunia sebab accident,kan? Dia pon
accident jugak ka?”
“tak
lah..dia sakit, pakcik..barah otak..dan saya lah doktor yang merawat dia selama
dia sakit ni.”
“oh..doktor
la ni? Dah lama ke dia sakit?”
Doktor
nazmi mengangguk perlahan.
“dah lama
dah, pakcik…”
“takpe lah
doktor..saya nak pergi masjid nak umumkan pasal ni kat semua orang. insyaALLAH
malam ni, dapat la kami adakan solat hajat dan bacaan yaasin untuk arwah.”
“bagus lah
tu pakcik. Ni ada sedikit sumbangan dari saya. Saya harap pakcik dapat buat
kenduri arwah untuk hariz dekat masjid.”
Doktor
nazmi menghulurkan beberapa keeping not 50. Lelaki tua itu hanya mengangguk
lantas berlalu pergi. Tidak lama kemudian, semakin ramai orang yang membanjiri
kawasan itu dan sebahagian daripadanya menangisi pemergian hariz.
* * *
Doktor
nazmi memecut keretanya kearah alamat yang diberikan oleh hariz sambil
jemarinya menggenggam sepucuk surat amanat terakhir arwah hariz yang dititipkan
padanya. Setelah memastikan alamat yang ditemuinya itu sama dengan alamat yang
tertera pada surat itu, doktor nazmi lantas memberikan salam. Terdengar suara
sahutan dari seorang lelaki yang agak berumur.
“ye..anak
cari siapa?”
“natasya
adilla ade tak, pakcik?”
“tasya??dia
ada..masuklah dulu..”
Doktor
nazmi lantas mengangguk sambil melangkah masuk. Setelah agak lama menunggu,
seorang gadis datang menatang dulang minuman. Wajah gadis itu tampak pucat.
“buat apa
awak cari saya?”
Gadis itu
bersuara tanpa memandang wajah doktor nazmi.
“saya
membawa amanat orang..awak kenal hariz?”
Lantas
gadis itu mendongak dan tersenyum.
“hariz
hantar awak untuk pinangkan saya buat dia ke?”
Doktor
nazmi serba salah apabila melihat mata gadis itu yang bersinar keriangan.
Terasa berat hatinya untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya.
“hariz bagi
surat ni pada awak…bacalah…”
Doktor
nazmi menghulurkan surat itu pada tasya. Dengan wajah berseri-seri, tasya
merenung surat tersebut.
“nanti lah
tasya baca…thanks!!”
Tasya
mengeluarkan isi di dalam sampul itu lantas berlari ke biliknya.
“apa lagi
yang hariz nak?? Kenapa tak datang sendiri?? Dia takut pakcik halau dia macam
hari tu ke?? Pengecut!! Baru sampai terduduk kat kerusi aku buat, dah
takut!!huh!!”
Ayah tasya
merengus perlahan.
“oh..pakcik
yang tolak dia kat kerusi hari tu??sampai dia….”
“hah!! Aku
lah..dah degil sangat..aku tolak sikit pon takut!!!bukan anak jantan namanya!!”
Ayah tasya
bersuara garang. Doktor nazmi menggelengkan kepalanya perlahan. Peristiwa
itulah yang menghadirkan segumpal darah beku di kawasan cerebral di otak hariz
sehingga memaksa dirinya dibedah sekaligus untuk mengeluarkan kanser di
bahagian otaknya. Namun kanser itu telah merebak hampir keseluruhan otaknya
hingga tidak mungkin ianya di buang.
Doktor
nazmi tidak memahami dengan jelas apa yang berlaku pada lelaki tua di
hadapannya itu dengan hariz. Namun ada kebencian terlihat di tubir mata tua itu
kepada arwah hariz. Doktor nazmi mengeluarkan sehelai nota dan mencatatkan
nombor telefonnya beserta namanya. Lantas, kertas itu dihulurkan kepada lelaki
tua tersebut. Acuh tak acuh lelaki itu menyambut helaian nota kecil itu.
“tu nombor
telefon saya..simpan lah..sebab saya pasti satu hari nanti, pakcik dan keluarga
pakcik perlukan saya. Saya terpaksa pergi dulu..ada hal sikit..
assalamualaikum..”
Ayah tasya
sekadar mengangguk sebelum menghilangkan diri ke dalam rumah sebelum sempat
doktor nazmi melangkah ke kereta miliknya. Riak kurang senang dengan kehadiran
pemuda yang tidak diketahui entah dari mana jelas kelihatan dari wajah bengis
itu.
* * *
Pintu bilik
tasya di tending sekuat hati lantas surat yang khabarnya dari hariz dirampas
kasar.
“ayah..apa
ni?”
Tasya cuba
merampas kembali warkah itu namun kepalanya ditolak kasar oleh si ayah sehingga
jatuh di bucu katil. Tasya mengerutkan dahinya yang terasa pedih.
Perlahan-lahan darah merah pekat mengalir menghalang pandangannya. Ayah tasya
menerpa ke arahnya. Tasya menepis kasar jemari ayahnya yang ingin membantu
dirinya yang kelihatan sakit akibat luka di dahinya.
“biar tasya
mati je!!”
Tasya
menghentakkan kepalanya ke bucu katil itu beberapa kali. Darah pekat semakin
laju mengalir membasahi wajahnya.
“tasya..jangan
macam ni..”
“buat apa
tasya hidup kalau tak dapat bersama dengan orang yang tasya cintai?? Untuk apa
tasya hidup lagi?? Tasya taknak hidup dah…tasya nak mati!!!tasya nak mati!!!”
Tasya terus
menghentakkan kepalanya ke bucu katil. Ayah tasya yang tadinya bermuka bengis,
terus menangis melihat keadaan anak tunggalnya itu. Ibunya yang melihat dari
pintu biliknya telah jatuh terjelepok di lantai. Sesungguhnya, dia tidak mampu
untuk membantu satu-satunya anak yang mampu di kandungnya itu.
“ya allah…”
Ibunya
hanya beristighfar perlahan.
“tasya…dahlah
tu..ayah benarkan tasya dan hariz kahwin..ayah benarkan…ayah benarkan,nak..”
Lantas ayah
tasya memeluk anak gadisnya yang teresak-esak menangis.
“betul ni,
ayah??”
Ayah tasya
mengangguk perlahan.
“terima
kasih, ayah…tasya sayang ayah!!”
Tasya
memaut tubuh ayahnya erat. Darah yang mengalir dari dahinya yang luka dikesat
menggunakan belakang tapak tangannya. Senyuman terukir di bibir manisnya.
“ayah..mari
kita baca surat dari hariz, ayah…”
Ayah tasya
mengangguk sambil menghulurkan surat itu kembali pada tasya. Tasya membuka
helaian surat itu perlahan. Senyumannya melebar apabila meneliti tulisan buah
hatinya.
*
Tasya…
Terlebih dahulu, hariz nak minta maaf di atas
apa yang berlaku pada cinta kita..
Hariz tahu tasya kecewa..hariz tahu tasya menangis…hariz pon menangis jugak, sayangg..menangis kerana terpaksa lukakan hati tasya..bukan niat hariz sebenarnya tapi, hariz terpaksa…
Hariz tahu tasya kecewa..hariz tahu tasya menangis…hariz pon menangis jugak, sayangg..menangis kerana terpaksa lukakan hati tasya..bukan niat hariz sebenarnya tapi, hariz terpaksa…
Saat tasya menatap warkah ini, sudah pasti
hariz telah tiada lagi di dunia ini..hariz mengamanatkan doktor nazmi iaitu
doktor peribadi hariz untuk menyampaikan warkah ini pada tasya…andai tasya sudi
melawat pusara hariz, datanglah…hariz menunggu kiriman ayat-ayat suci dari
tasya..tasya boleh minta doktor nazmi tunjukkan pusara hariz sebab hariz pasti,
dia yang menguruskan persemadian hariz..
Hariz tak pasti tasya tahu atau tidak..tapi,
izinkan hariz maklumkan pada tasya yang ibu dan ayah hariz dah tinggalkan hariz
terlebih dahulu..ibu dan ayah kemalangan sewaktu ingin melawat dan menjaga
anaknya ini yang sakit di hospital…hariz kena akur, hariz hidup yatim piatu
tanpa ibu dan ayah, tanpa adik beradik dan tanpa saudara mara lagi…pemergian
hariz dinanti ayah dan ibu…hariz taklah terkilan sangat mengenangkan ini
semua..
Tasya
kekasihku…
Tasya kekasih hariz dan satu-satunya perempuan
yang hariz cinta selain ibu di dunia ni..dan yang hariz bangga sangat, cinta
kita hariz bawak sampai ke liang lahad…dan hariz nak tasya pon bangga dengan
kenyataan ni…MATI yang memisahkan kita..semoga di alam akhirat, kita di
pertemukan semula, sayang…
Memang hariz akui..hati ni betul-betul
sayangkan tasya..hati ini betul-betul menyintai tasya..Cuma, hariz nak tasya
membenci hariz supaya tasya tak kecewa kelak..supaya hati tasya tak lebih
terluka dan menangis setelah hariz dipanggil pergi menghadap illahi..dan sakit
yang tasya rasa, sakit jugak hariz rasa..malah lebih sakit lagi bila hariz
dapat rasa tasya menganggap hariz lelaki yang tak setia pada cinta..dan oleh
sebab itulah, warkah ini hariz layangkan buat tasya..
Sekian sahaja warkah terakhir dari insan yang
amat mencintaimu Natasya Adilla..
cinta kita hariz bawa sampai ke mati..semoga tasya mendapatkan insan yang lebih baik dari hariz untuk menemani perjalanan hidupmu, sayang..cintailah dia sebagaimana tasya cintakan hariz..
Assalamualaikum, sayang..
cinta kita hariz bawa sampai ke mati..semoga tasya mendapatkan insan yang lebih baik dari hariz untuk menemani perjalanan hidupmu, sayang..cintailah dia sebagaimana tasya cintakan hariz..
Assalamualaikum, sayang..
salam sayang,
HARIZ IZWAN
HARIZ IZWAN
*
Warkah itu terlepas
dari jemari tasya. Tasya menggeleng perlahan. Airmata laju menuruni lekuk pipi
mulusnya.
“tasya..hariz
kata apa,nak?”
Ayah tasya
memandang wajah tasya dengan seribu tandatanya. Tanpa sempat menjawab soalan
ayahnya, tasya rebah. Namun tubuhnya sempat di sambut oleh si ayah. Lantas,
tubuh itu di cempung dan dibaringkan di atas katil. Ayah tasya kemudian
mencapai warkah yang jatuh ke lantai. Ibu tasya menghampiri suaminya sambil
turut membaca warkah yang dititipkan oleh hariz. Tidak lama kemudian, ayah
tasya terduduk di lantai bilik anaknya itu.
“ya
ALLAH…aku berdosa padanya, ya ALLAH..kau ampunkan lah aku..kau tabahkanlah hati
anak gadisku ini..aku pohon padamu ya ALLAH..”
“a..abang…hariz
dah…dah…”
Ayah tasya
sekadar mengangguk mengiakan apa yang diperkatakan oleh ibu tasya. Lantas
wanita itu tersedu-sedu. Dirinya juga pernah menuduh hariz yang bukan-bukan.
“innalillah…..”
* * *
“ayah….”
Ayah tasya
memandang wajah anak gadisnya itu…
“tasya
mimpi, ayah…”
“mimpi
apa,nak??”
Tasya
bangun dari baringnya. Dia berfikir sejenak sambil memicit kepalanya yang
terasa sakit.
“tasya
mimpi..hariz utuskan surat melalui doktor peribadi dia..tasya mimpi, hariz
mati…”
Ayah tasya
terus memeluk anaknya itu.
“kenapa ni,
ayah?? Kenapa ayah menangis??”
“semua tu
bukan mimpi, tasya…semua tu reality..hariz dah takde, sayang..hariz dah
tinggalkan tasya, tinggalkan kita semua..”
Tasya terus
menolak ayahnya dan ketawa sekuat mungkin.
“ayah
bohong lah…tasya nak try kol hariz..ayah jangan halang tasya kali ni..”
Tasya
bingkas bangun dan mencapai telefon bimbitnya. Nombor hariz di dial. Lama tasya
menunggu namun talian tidak disambungkan. Tasya mendial lagi dan masih tidak
dapat dihubungi. Tasya terus mendial berkali-kali namun hampa. Akhirnya, dia
terus menangis tersedu-sedu.
“harizz!!!!!!”
Ayah tasya
sekadar memandang dari jauh tubuh tasya perlahan-lahan terduduk di lantai.
Sesungguhnya hatinya sayu. Andai dia tahu ini semua akan berlaku, sudah tentu
dia akan biarkan mereka berkahwin dan berbahagia walaupun seketika.
“harizz!!!!”
Tasya
melangkah ke katilnya perlahan-lahan walau pun tersungkur berkali-kali.
Lututnya terasa tidak kuat untuk berdiri bagi menampung tubuhnya. Lantas
tubuhnya direbahkan. Dia memejamkan matanya serapat yang mungkin dengan harapan
apabila terjaga semula, semua ini adalah mimpi. Tasya berharap dapat melihat
senyuman hariz lagi. Dia amat berhasrat untuk menatap mata coklat cair milik
hariz yang sering merenung matanya dengan limpahan kasih sayang. Airmata
menjadi peneman setia sambil hatinya cuba untuk menidakkan sebuah kenyataan.
Ibu tasya muncul selepas terkejut mendengar jeritan tasya memanggil nama hariz.
Lantas tubuh kecil tasya di peluk dan dahi si anak di cium bertalu-talu.
“sabar,
tasya..ini dugaan dari ALLAH….”
Tasya
sekadar membisu. Airmata tidak henti-henti mengalir walaupun tanpa esakan.
“abang..puas
hati abang,kan? Puas hati abang buat anak kita macam ni? Apa-apa jadi pada
tasya, imah takkan maafkan abang..inilah satu-satunya anak yang mampu imah
kandungkan, yang mampu imah hadiahkan sebagai bukti perkahwinan kita, bukti
cinta kita..tapi, apa yang abang buat?? Tak habis-habis abang menyakiti
kurniaan ALLAH pada kita ni..tasya satu-satunya anak imah..sakit dia, sakit
imah jugak…abang menyakiti dia bermakna abang menyakiti hati imah..itu tandanya
sayang abang, cinta abang pada imah dah hilang…”
Suara ibu
tasya lembut tapi kedengaran tegas. Baginya, apa yang dilakukan oleh suaminya
kali ini sudah keterlaluan.
“maafkan
abang, imah…maafkan ayah, tasya..ayah tak mampu jadi ayah yang baik untuk tasya
walaupun tasya satu-satunya anak ayah..dan imah, abang bukan suami yang baik
untuk imah..”
* * *
“ibu…”
Tasya
pantas bangun. Ibunya yang tidur di sebelahnya turut terjaga. Jam dinding bilik
itu tepat menunjukkan pukul 12.10 tengah malam.
“ibu…hariz
datang, bu..”
“ya ALLAH,
tasya…mengucap, nak…mengucap..”
Ibunya
mengelus lembut anak rambut yang berjuntaian di dahi tasya.
“ibu…ibu
tak Nampak ke?? Tu…hariz berdiri kat situ..dia senyum kat tasya,bu…”
Tasya
tersenyum. Ibunya gelisah dan kegelisahan itu kian memuncak apabila tasya
melangkah turun dari katil perlahan-lahan.
“hariz…riz
takkan tinggalkan tasya,kan??”
Ibu tasya
pantas menarik tangannya namun di tepis kasar.
“ibu..jangan
halang tasya lagi!!”
“riz…riz
sayangkan tasya,kan?? Riz akan setia pada tasya,kan?? Kita akan kahwin,kan??”
Ibu tasya
berlari keluar mencari suaminya. Apabila mereka berdua sampai di bilik, tasya
telah pun rebah di lantai biliknya.
* * *
“jadi..anak
ni doktor peribadi hariz lah, ya?”
“ye,
pakcik..dia mintak saya tunjukkan pusara die pada tasya.. bila boleh saya
tunjukkan?”
“pakcik
rasa, masa sekarang tak sesuai..tasya masih trauma..tak dapat lagi nak terima
kematian hariz. Nanti bila sampai masanya nanti, pakcik hubungi doktor lagi.”
Doktor
nazmi menghirup teh o panas yang di hidangkan di hadapannya. Secubit kek pisang
dikunyah perlahan.
“kalau
pakcik Tanya soalan sikit kat doktor, boleh tak?”
Doktor
nazmi tersenyum lantas mengangguk. Pandangan matanya di larikan pada tasya yang
kelihatan pucat sambil meletakkan kepalanya di bahu ibunya. Sorotan mata si
gadis tampak kosong.. tiada sebarang sinar pada mata bulat itu malah mata
bening itu kelihatan lebam akibat terlalu banyak menangis.
“sejak bila
hariz sakit, doktor?”
“tak payah
panggil saya doktor..panggil nazmi je pakcik. Hariz tu, sakit dah lama. Masa
die kat luar Negara sambung pelajaran dulu pertama kali dia dapat tahu.. waktu
tu, kanser dia memang boleh di ubati dengan pembedahan, tapi tulah..keluarga
dia pon tak kaya, dia terpaksa pendam segala sakit tu. Sampai satu masa, duit dia
dah cukup untuk pembedahan tu, apabila di periksa, kanser dia dah merebak bukan
hanya di bahagian otak, tapi dah pergi ke bahagia tulang belakang dan hati. Paru-paru hariz juga tak berfungsi
dengan baik. Sebab tu lah doktor pakar taknak lakukan pembedahan sebab
risikonya terlalu besar. Pakcik, sepatutnya, hariz mungkin dapat hidup lebih
lama dari sekarang. Tapi, ajal dia dah tiba dan mungkin sebab pembedahan
terpaksa dilakukan waktu itu.”
“pembedahan
terpaksa dilakukan? Maksud doktor?”
“ada satu
hari tu, pihak kami terjumpa hariz terjatuh kat kerusi di hadapan wad
perempuan. Waktu tu, kepalanya terhentak dan kami telah lakukan CT scan dan
mendapati kawasan cerebral kat otak die terdapat gumpalan darah beku. Jika
dibiarkan, kami khuatir dia akan hilang ingatan dan takut hilang kemampuan,
maka kami terpaksa melakukan pembedahan. Akibat pembedahan tu, hariz koma dalam
3 bulan. Tapi, kami hanya merancang, ALLAH yang menentukan…”
Serentak
itu, ayah tasya memekup mukanya sambil menahan airmata yang hampir gugur.
“semuanya
sebab pakcik..pakcik yang tolak dia sampai jatuh kt kerusi tu. Pakcik marah dia
sebab malukan kami sekeluarga. Tarikh perkahwinan dah di tetapkan. Persiapan
semua dah disediakan dan jemputan pon dah dijemput, dah di hantar kad..dan
tanpa sebab dia batalkan semua ni dan malukan kami sekeluarga. Pakcik kesian
dengan tasya, asyik mencari salahnya di mana sampai hariz berubah hati. Tapi,
tak sangka keadaan akan jadi macam ni. Anak pakcik, tasya tu dah tak mampu nak
senyum. Semua salah pakcik..pakcik yang salah..”
“dah lah
pakcik..menda dah jadi, jangan kita salahkan takdir.. Cuma, ada amanat hariz
yang terakhir. Mulanya saya rasa saya tak mampu nak tunaikan, tapi, sekarang
saya yakin yang saya boleh tunaikan amanat terakhir arwah. Dah 3 malam berturut-turut
saya istiqarah..dan jawapan yang saya cari, dah terbayang di ingatan. Saya
rasa, tak salah keputusan yang saya ambil ini sebagai memenuhi amanat arwah..”
“apa dia,
nak..cakap lah..pakcik takkan ragu-ragu nak penuhi apa saja amanat arwah..pakcik
berdosa pada dia..”
“saya nak
minta pada pakcik, pada makcik dan pada tasya..saya nak menggantikan tempat
arwah dalam rumah ni sebagai menantu pada makcik dan pakcik serta suami kepada
natasya adilla…”
Semua yang
ada melopong. Tasya spontan merenung doktor nazmi. Mencari kejujuran dalam
kata-kata itu dan sungguh, kata-kata itu tulus dari hati anak muda berkaca mata
itu.
“sememangnya,
hariz titipkan tasya pada saya untuk saya jaga menggantikan dirinya. Ini amanat
arwah hariz. Dan, pertama kali saya terpandang wajah tasya, saya rasa saya
mampu memikul tanggungjawab ni..”
“tasya…macamana?”
Ibu dan
ayah tasya berlalu memberikan ruang bagi 2 anak muda itu untuk berbincang.
Keputusan yang di ambil perlulah dibuat oleh tuan punya badan. Begitulah
pengajaran mengajar kita erti sebuah kehidupan.
“tasya..saya
nazmi khairul azam. Amanat dari hariz izwan nak saya menjaga awak lebih dari
nyawa saya sendiri. Tapi, hariz tidak memaksa. Cuma, setelah bermunajat dan
beristiqarah pada-NYA, saya ambil keputusan untuk melamar awak. Cuma, terpulang
pada awak untuk terima ataupun tak. Tiada paksaan.”
Lancar
doktor nazmi menuturkan kata dalam keadaan menundukkan wajah ke lantai. Namun,
suaranya yang lantang mampu di dengari dan difahami oleh natasya adilla. Lama
keadaan sepi tanpa sebarang suara. Masing-masing tenggelam dalam angan dan
kenangan masing-masing. Dalam linangan airmata dan sedu, tasya bersuara.
“saya
relakan awak memenuhi amanat terakhir arwah hariz. Cuma, beri saya masa..”
“awak tak
menyesal? Saya tak sekali-kali memaksa awak, tasya.”
“tak..Cuma
beri saya masa..untuk terima awak dan melupakan hariz.”
“saya tak
mintak awak lupakan hariz. Saya pon takkan sekali-kali lupakan hariz. Dia
seorang yang berhati mulia. Dan, ambillah sebanyak mana masa yang awak mampu.
Saya izinkan…”
* * *
3 TAHUN
KEMUDIAN…
“hariz…hariz
izwan…”
Kanak-kanak
berusia setahun 2 bulan itu melangkah perlahan lantas memeluk erat mamanya.
Kuih di suapkan ke mulut si comel. Lantas si comel ketawa mengekek.
“comel anak
kamu tasya, nazmi..tapi, sape yang bagi nama ni pada anak kamu?”
“abang
nazmi yang bagi nama ni, ayah. Tasya ikut je..”
“ayah..tak
mungkin nazmi lupakan arwah. Sedangkan dengan mengenalinya membuatkan tuhan
pertemukan jodoh nazmi dengan tasya. Masakan nazmi lupa semua tu, ayah..”
“tasya pon
x lupakan hariz. Cuma, sekarang..kasih sayang dan cinta tasya utuh untuk suami
tasya, abang nazmi. Dan hariz adalah kenangan tasya. Kenangan masa silam yang
terlipat kemas dalam memori tasya.”
Airmata
yang berlinangan di pipi tasya dikesat perlahan oleh nazmi. Lantas lengan
sasanya memeluk tasya dan hariz yang masih berada di dalam pelukan tasya.
“ayah,
mak..tasya bahagia sekarang.. terima kasih ayah, mak…”
“bahagia
tasya atas derita yang pernah tasya lalui..itulah erti hidup sebenarnya tasya..
ayah sayang tasya, tapi, ayah pon manusia biasa yang ada melakukan silap.
Sama-samalah kita saling memaafi. Semoga hari esok akan lebih memberikan sinar
untuk kita semua.”
Nazmi
meletakkan tapak tangannya di perut tasya yang kelihatan agak timbul.
“terima
kasih, tasya sebab berikan abang kebahagiaan ni. Kebahagiaan yang tak terkira
indahnya. Anak kedua kita ni pun biar abang yang sambut kelahirannya. Untuk apa
ada ayah doktor kalau lahir di sambut oleh orang lain..ye tak, sayang?”
Tasya
menjeling lembut pada suami kesayangannya. Pipinya merona merah. Sesungguhnya,
suaminya ini sememangnya romantic. Dan saat itu, kucupan sayang singgah di
pipinya. Tasya menjegilkan matanya.
“ayah
dengan ibu ada kan abg??ish…”
Serentak
ayah dan ibunya ketawa dan disambut oleh nazmi. Hariz izwan yang berada
dipangkuan tasya juga ketawa membuatkan keadaan bertambah ceria dan bahagia.
.:TAMAT:.
nuRkiLaN : SurAyA SaLeh~~
p/s : ketentuan ALLAH itu jauh lebih indah dari ape yg pernah kite fikirkan...
begitu juga dgn suratan hidup aku yg sentiasa aku terima dengan redha hati..insyaALLAH~~
Sedih sangat saya nangis je saya pun kesian dengan Hariz kalau benda ni realiti memang tabah Hariz tapi syukur sebab ada Nazmi saya suka cerita awak
ReplyDelete