Saturday, February 25, 2012

cErpeN : TakDir UntuK kiTa~~



Hariz merenung gumpalan awan yang berarak di dada langit. Sungguh indah alam ciptaan ALLAH ini. Mungkin sekejap lagi, hujan akan jatuh berguguran ke atas bumi ALLAH ini. Hariz meraup mukanya yang kelihatan kusut. Rambutnya yang kian panjang di sisir ke belakang. Hariz sedikit tersentak saat telinganya menangkap satu bunyi yang tidak asing lagi dalam hidupnya.  telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya dan tertera nama `tasya`. Hariz menekan butang cancel dan terus mematikan telefonnya. Hariz mengeluh kasar. Terngiang-ngiang suara doktor Nazmi di pendengarannya membuatkan airmata lelakinya gugur setitis demi setitis ke pipinya.
*
“maafkan saya Hariz Izwan, kami dah berbincang sesame pakar kat sini. Kami semua tak sanggup tanggung risiko ni. I`m so sorry.”
“tak ada jalan lain ke doktor?”
Doktor Nazmi menggeleng perlahan. Tidak sanggup rasanya untuk dia menatap wajah sayu pesakit di hadapannya tika ini.
“kalau awak dibedah, peratus awak hidup terlalu tipis sebab cancer yang awak hidapi sekarang dah terlalu serius dan metastasis ke organ utama awak. Kami sepakat untuk biarkan awak hidup macam ni hingga akhir hayat awak bergantung kepada ubat tahan sakit yang berfungsi untuk meringankan beban sakit yang awak tanggung.”
“kalau saya di bedah sekarang, berapa lama saya boleh hidup?”
“Hariz, doktor bukan ALLAH untuk menentukan ajal maut seseorang. Tapi, andaikata pembedahan tersebut gagal, ianya amat membahayakan awak.”
Hariz mengangguk sambil terus berlalu. Hatinya sebak, terlalu sebak. Dan menjadi lebih sebak bila terkenangkan tunang tersayang yang bakal dikahwini dalam masa tak sampai sebulan.
*
Hariz menapak perlahan menghampiri rumah kediaman keluarganya di Kuala Perlis. Hariz melepaskan keluhan yang agak kasar saat matanya menangkap renungan insan yang paling dicintainya itu. Gadis itu terlalu tulus menyintainya. Tidak sampai hati rasanya untuk berterus terang tentang masalah yang dialaminya tika ini. Hariz takut airmatanya gugur di hadapan gadis itu. Sesungguhnya, sejak kebelakangan ini, airmata lelakinya bergitu mudah menodai pipi kasarnya. Hatinya pula menjadi semakin sensitif. Hariz terus melangkah tanpa menghiraukan sorotan dari sepasang mata redup milik Natasya Adilla. Gadis itu merenungnya lembut. Namun, kehadiran gadis itu sedikit pon tidak menarik minatnya.
Anak-anak tangga rumahnya dilangkah pantas. Hariz ingin lari dari situasi ini. Tidak mampu rasanya dia untuk bersemuka dengan tasya. Saat kakinya berpijak pada anak tangga paling atas, ibunya muncul dengan menatang seteko air bersama sepiring kuih muih. Hariz menghela nafas panjang.
“riz..turun. tasya dah tunggu dari tadi lagi. Jumpalah die kejap ye sayang.”
“ibu…riz…”
“dah..jangan nak bagi alasan. Jom turun.”
Hariz mengekor ibunya dari belakang. Sesudah menghidangkan air dan kuih muih di atas meja di halaman rumah, ibunya terus berlalu meninggalkan pasangan yang masih membisu seribu bahasa. Hariz dapat melihat anak mata tasya dihalakan padanya namun dia sekadar acuh tak acuh dengan renungan itu.
“riz..kenapa dengan riz ni?”
Hariz menggeleng perlahan sambil menjeling gadis itu sekilas.
“kalau riz ade problem, cerita la pada tasya..trust me! tasya kan bakal isteri…..”
“dahlah tasya, riz takde ape-ape la. Riz okay je.”
Hariz memintas kata-kata tasya agak kasar sehingga membuatkan gadis kecil molek itu tersentak.
“riz, tasya ada buat salah ke? Tasya ada sakitkan hati riz ke? Tasya minta maaf..tasya tak sengaja.”
“tasya takde salah ape-ape pon dengan riz..”
Suara hariz yang tadinya kasar kembali seperti biasa.
“habis tu? Riz balik kampung tak cakap. Bila tasya pergi office riz, Najib kata riz dah berhenti kerja…tapi, kenapa?”
“no reason la..kenapa? salah ke riz berhenti kerja?”
Hariz merenung tasya dengan kening yang sengaja dikerutkan. Gadis itu kelihatan serba salah.
“riz..tak sampai sebulan lagi tarikh perkahwinan kita. Tolonglah jangan buat perangai. Tasya merayu.. riz tak ambil tahu langsung pasal persiapan kahwin kite. Dari baju pengantin sampailah hantaran,semua tasya sediakan. Riz ikhlas ke tak nak kahwin dengan tasya ni?”
Hati hariz sayu melihat renungan tasya yang penuh mengharap. Hariz menghela nafasnya agak kasar.
“macam ni lah tasya… kau balik rumah kau dan cancel semua persiapan kahwin yang kau dah buat tu!!”
Hariz terus berpaling untuk melangkah namun kakinya terasa ditarik. Hariz berpaling. Tasya sedang memeluk kakinya. Ada airmata di tubir mata si gadis. Serta merta hariz turut merasa sebak. Matanya dipejamkan serapat yang boleh dengan harapan tiada airmata yang menerjah keluar.
“riz..apa salah tasya sampai riz hukum tasya macam ni?”
“kau takde salah dengan aku. Cuma aku rasa kite memang takde jodoh.”
Airmata yang tadinya bertakung di tubir mata si gadis mengalir laju menodai pipi gebunya.
“ya ALLAH riz..kenapa ni? 3 tahun hubungan kite, tak cukup lagi ke masa untuk riz kenal tasya? Kenapa riz tak putuskan hubungan kite dari dulu lagi? Kenapa nak cancel last minute macam ni?”
Esakan si gadis semakin menggila.
“sebab baru sekarang aku sedar yang aku tak pernah cintakan kau, tasya. Mungkin aku terima kau dulu sebab simpati. Ntah la..”
Suara hariz kedengaran selamba namun gejolak dalam dadanya tika ini, hanya tuhan yang tahu. Pegangan tasya pada kakinya terasa tidak sekuat tadi. Gadis malang itu telah pun rebah di kakinya. Hati hariz terdetik untuk menolong, namun dia takut airmatanya tidak dapat dibendung lagi.”
“ya ALLAH..tasya!!! apa dah jadi dengan tasya ni riz?? Apa yang kau dah buat kat dia?? Ya ALLAH..tasya!! tasya!! Bangun nak…”
Ibu hariz memangku kepala tasya. Wajah tasya kelihatan pucat mungkin kerana terkejut dengan apa yang didengari dari ulas bibir hariz. Namun, hariz terus berlalu ke biliknya. Pintu bilik dihempaskan sekuat hatinya. Hariz terduduk di birai katil. Airmatanya di biarkan mengalir deras dari kolam matanya yang hening.
“ya ALLAH..kenapa kau duga aku sebegini rupa? Maha berat dugaanmu padaku ya ALLAH..kau tabahkanlah hati hambamu ini…”
Hariz merebahkan badannya tatkala kepalanya terasa sakit yang teramat sangat.
*  *  *
“riz..terus terang dengan ibu..kenapa buat macam ni? Riz dah malukan family kita.. riz pon dah malukan family tasya dengan membatalkan semuanya di saat akhir macam ni sedangkan semua persiapan dah di sediakan, kad jemputan pun dah di hantar.”
“ibu takkan faham, bu..”
“kalau riz tak bagitahu ibu, tak berterus terang pada ibu, ibu memang takkan faham..kenapa riz? Riz dah jumpa perempuan lain ke? Riz jatuh cinta dengan perempuan lain? Ke memang niat riz dari dulu lagi nak malukan tasya? Nak malukan ibu dengan ayah?? Tak cukup ke kasih sayang yang ibu bagi pada riz selama ni? Ape salah ibu pada riz?? ”
Hariz menghela nafas panjang. Desakan dan tuduhan yang terlalu pahit untuk ditelan.
“ibu..riz minta maaf sebab riz lambat bagitau semua ni kat ibu. Bukan niat riz nak rahsiakan semua ni apatah lagi nak membelakangkan ibu dalam hal ni. Tapi, riz betul-betul tak sampai hati nak bagitahu ibu. Tapi, bila ibu cakap macam tu, riz fikir lebih baik riz berterus terang sebab kalau riz tak bagitahu sekarang pon, lambat laun ibu akan tau jugak sebab lepas ni, memang riz nak duduk kat sini..dengan ibu dan ayah.”
Hariz melangkah kearah rak yang menyimpan diarinya. Satu sampul surat panjang berwarna putih di genggam erat.
“ibu tolong bagi sampul ni pada tasya bila riz dah takde lagi kat dunia ni……”
Ibu hariz melopong mendengar bait bicara si anak.
“ibu..riz sayang ibu…riz sayangkan tasya jugak. Tapi, mungkin ini ujian dari ALLAH buat riz. Riz terima semua ni dengan hati yang redha bu..riz harap ibu pon macam tu jugak.”
“riz..apa dah jadi nie? Kenapa cakap macam ni? Ibu tak faham……..”
“ibu, riz disahkan menghidap kanser. Penyakit riz dah terlalu kritikal sampai doktor dah tak mampu nak buat apa-apa lagi dah. Selama ni memang riz rahsiakan dari ibu. Riz sakit sejak di oversea lagi tapi mengenangkan kemiskinan kita, riz takut nak bagitau ibu. Kos pembedahan masa tu dalam 50ribu. Bila riz dah kumpul duit sekarang, doktor kata riz dah tak boleh di bedah sebab peluang pembedahan tu untuk Berjaya terlalu tipis. Riz menunggu masa untuk kembali, ibu..maafkan riz…”
Hariz mengucup tangan ibunya penuh syahdu. Rambutnya terasa basah. Saat hariz mendongak, airmata si ibu mengalir di dahinya. Lantas, hariz memeluk ibunya dan menangis persis anak kecil di bahu ibunya.
*  *  *
Hariz merenung deruan ombak yang menghempas pantai  dengan penuh kesyahduan. Selepas hari ini, dia sendiri  tidak tahu masih adakah peluang untuknya menatap semua ini.
“riz..menungkan apa tu?”
Hariz berpaling menatap wajah tua si ayah yang setia memberi kata-kata perangsang kepadanya.
“takde ape lah..ibu mana, ayah?”
Ayah hariz merenung wajah anak kesayangannya itu. Wajah itu tampak pucat dan cengkung berbanding dulu. Tubuh yang dulunya agak berisi, kini telah menjadi terlalu kurus. Serta merta hatinya sebak. Lantas pandangannya dihalakan ke lautan luas.
“riz..apa pon yang berlaku..ayah tetap sayangkan riz.”
Hariz berpaling sambil tersenyum. Namun senyumannya dirasakan cukup tawar. Hariz turun dari batu besar yang diduduki sedari tadi. Kakinya dihayunkan kearah ombak yang menghempas pantai. Hariz ketawa persis anak kecil apabila ombak yang deras menghempas kakinya. Ayahnya yang merenung dari jauh tersenyum jua tanpa sedar ada airmata yang menodai pipi tuanya. Hariz yang tadinya leka bermain ombak kini berdiri tegak. Dengan tiba-tiba, hariz rebah di atas pepasir pantai yang dibasahi air laut.
“harizzzzz!!!!!!!!!”
Ayahnya menerpa kearah hariz. Tubuh hariz dikendong dengan kudratnya yang tidak seberapa. Ayah hariz tersungkur di anak tangga pertama rumah usang itu.
“midah!!! Tolong abang midah!!!”
*  *  *
Satu persatu wajah di hadapannya direnung lembut. Ibunya tersenyum sambil mengesat juraian airmata yang bertali arus menuruni pipi. Hariz melarikan jemarinya di pipi si ibu. Airmata yang mengalir di pipi tua itu di seka perlahan.
“kenapa ibu nangis? Hariz tak mati lagi ni,kan?”
Hariz tersenyum walau tampak payah. Ibunya sekadar menggeleng tanpa sebarang bicara. Hariz meliarkan matanya ke sekitar bilik itu. Tampak terlalu asing bagi dirinya.
“ibu..kita kat  mana?”
“kat hospital, riz..”
Hariz mengerutkan keningnya perlahan.
“kenapa bawak riz kat sini? Tak maulah..jom kita balik rumah. Riz tak sakit la..riz dah sihat dah..”
Hariz bangun dari pembaringan. Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai hospital, pintu terkuak dari luar.
“Doktor Nazmi?”
Doktor muda yang berkaca mata itu tersenyum manis.
“apa khabar hariz? Dah okay sikit?”
Hariz mengeluh perlahan.
“doktor, bila saya boleh keluar dari hospital ni? Saya bosan la..”
Doktor nazmi tergelak kecil.
“awak ni..macam budak-budak la..awak kena duduk hospital agak lama kali ni sebab pihak kami dah bersetuju untuk merawat awak selagi kami mampu. Walaupun peratus awak untuk terus bertahan agak tipis, namun tak salah kan kalau kita cuba? Ketentuan ALLAH itu tak siapa yang tahu..”
Hariz menggeleng perlahan.
“saya dah takde harapan , doktor. Tak payah lah..biarkn saya habiskan sisa hidup saya ni di rumah je. Ibu..jom kita balik..”
“riz..kita ikhtiar,nak…”
Hariz mengeluh perlahan. Kalau itu kata ibu, bermakna dia tiada pilihan. Biarlah dia mengikut kehendak orang yang dia sayangi sekurang-kurangnya kalau dia benar-benar telah pergi, mereka tidaklah merasa terkilan.
*  *  *
Hariz bosan. Seminggu berada di sini seakan bertahun lamanya. Kehadiran ibu dan ayahlah menjadi pengubat kebosanan. Kadang-kadang fikirannya melayang teringatkan tasya. Entah apalah nasib gadis kecil molek itu? Seketika hatinya di gamit rindu.
`tasya..riz minta maaf. Sudah takdir riz macam ni.. kalau boleh, memang riz nak teruskan perkahwinan kita. Riz teringin nak bahagiakan tasya..namun apa daya riz. Semua nie bukan kehendak riz. Riz terpaksa akur pada qadha dan qadar ALLAH, sayang……`
Hatinya bermonolog sendiri. Airmata yang mengalir diseka perlahan tatkala pintu biliknya terkuak. Doktor Nazmi masuk selepas memberi salam. Hariz hanya mengangguk perlahan memberi kebenaran.
“macamana awak rasa sekarang, hariz?”
“ntahlah doktor..ada lagi ke peluang untuk saya terus hidup?”
Doktor Nazmi tersenyum.
“tindak balas tubuh awak pada sesi kemoterapi yang dijalankan nampaknya positif. Saya tak ragu-ragu lagi untuk beritahu awak hal ni. Peratus awak untuk terus hidup jika awak teruskan sesi ni dah meningkat. Tapi, kita hanya merancang. ALLAH juga yang menentukan segalanya..kan?”
Hariz meraup wajahnya sambil mengucapkan syukur pada illahi. Tiba-tiba, wajah tasya sedang tersenyum menari-nari di ruang matanya. Hariz mencapai telefon bimbitnya. Telefon itu direnung.
`ah..terlalu awal…kalau apa-apa jadi, dia sedih…lebih baik aku biarkan dulu….`
Telefon itu di letakkan kembali di atas meja kardiak di hospital itu.
“kenapa? Tadi happy..tiba-tiba je…..”
“takde apelah..mula-mula, saya ingat nak bagitau bekas tunang saya, tapi, terlalu awal la..biarlah saya dah betul-betul sihat nanti, saya bagitau la dia”
Doktor Nazmi mengangguk perlahan. Lantas, bahu hariz ditepuk perlahan.
“saya kagum dengan semangat awak. Selalunya, pesakit yang sakitnya macam awak, cepat benar berputus asa. Tapi, saya tengok awak tabah.  Syabas, hariz..”
“thanks, doktor.. kalau tak kerana doktor, saya mungkin dah……..”
“tak, hariz.. semua ni kehendak ALLAH..saya Cuma menolong apa yang patut je. Lagipun, dah jadi tugas saya sebagai seorang doktor merawat awak sebagai pesakit saya..kan?”
“apapon..terima kasih, doktor…”
*  *  *

Gambar tasya di dekatkan ke dadanya. Matanya dipejamkan serapat mungkin. Betapa hatinya kini resah digamit rindu. Kalau lah dia tidak sakit, mungkin hari ini mereka akan meraikan ulang bulan perkahwinan mereka. Ah!! Dunia memang kerap berubah dan perubahannya memang tidak dapat dijangka. Hariz menyisir rambutnya kemas. Hari ini, dia terasa ingin bersiar-siar di taman hospital itu. Seperti semalam, gambar tasya masih erat dalam genggaman jemari kanannya. Hariz melangkah perlahan. Ingatannya pada tasya semakin kuat. Entah mengapa, rindu di dadanya terasa kuat menusuk kalbu.
Siren ambulans yang menghampiri jabatan kecemasan itu membingitkan telinga. Hariz yang semakin hampir dengan jabatan kecemasan, menghentikan langkahnya. Bukan siren ambulans itu yang menjadi perhatian tetapi kereta waja yang mengekor di belakang itu yang membuatkan dia terkaku.  Saat seorang jururawat dan pembantu perawatan kesihatan mengeluarkan mangsa dari dalam ambulans, hariz menerpa kearah tubuh yang terbujur kaku itu.
“tasya!! Ya ALLAH..apa dah jadi,ni?”
Tasya di bawa ke dalam zon merah di unit kecemasan. Hariz berlari kearah ayah dan ibu tasya.
“pakcik, makcik..kenapa dengan tasya?”
Kedua orang tua itu hanya menggeleng perlahan.
“ntahlah..dah 2 hari dia tak keluar dari bilik. Bila pakcik pecahkan pintu bilik dia tadi, tengok dia dah tak sedarkan diri.. tak tau la apa dah jadi.”
Hariz merenung wajah ayah dan ibu tasya. Ibu tasya mengesat matanya yang berair.
“hariz..kenapa buat tasya macam tu,nak? Dah sebulan dia menangis tak henti-henti. Dia salahkan diri dia sendiri atas apa yang berlaku.”
Hariz mengeluh perlahan.
“makcik, pakcik…makcik dan pakcik pon Nampak kan saya kat mana sekarang dan pakai baju apa..saya..ermm..tak payah lah saya cerita perkara sebenarnya..Cuma, saya harap pakcik dan makcik dapat faham situasi yang saya hadapi sekarang. Saya….”
“kami tak faham apa yang berlaku sekarang. Pakcik Cuma nak tahu kenapa hariz boleh tinggalkan tasya macam tu je? Hariz dah lukakan hati tasya…hariz tahu tak, tasya sayang sangat kat hariz? Sampai hati hariz buat tasya macam tu? Apa salah tasya? Apa yang dah jadi sebenarnya?”
Hariz bungkam. Pertanyaan yang spontan dari ayah tasya sememangnya tidak mampu di jawab. Hariz terdiam. Setelah lama membisu, hariz mendongak memandang wajah tua yang di anggap seperti ayahnya sendiri.
“hariz minta maaf, pakcik…..”
Ayah tasya menggeleng. namun, belum sempat hariz bersuara, seorang doktor datang dari pintu zon merah yang terbuka. Ayah tasya bergegas mendapatkan doktor yang baru muncul dari bilik tersebut. Hariz hanya memandang dari jauh. Lantas, kakinya dihayunkan untuk melangkah pergi dari situ. walaupun dia betul-betul ingin mengetahui keadaan insan yang amat dicintainya. Hatinya terguris dengan kata-kata dari ayah tasya.
`biarlah..satu hari nanti, kamu semua akan faham kenapa aku buat macam ni…`
Hariz menapak ke taman lantas punggungnya dilabuhkan di atas kerusi kayu bersebelahan kolam buatan yang begitu cantik dihias. Jemarinya menyentuh air di dalam kolam itu. Kedinginan air terasa menjalar ke seluruh tubuhnya. Hariz menarik nafas sedalam yang mungkin bagi menahan airmata yang sedari tadi terasa ingin mengalir namun hariz tewas juga akhirnya. Airmata yang mengalir diseka perlahan. Semakin dihalang, semakin laju airmatanya jatuh menodai pipi lelakinya. Hariz merintih tapi sekadar di dalam hati. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu orang lain mengatakan dirinya seorang lelaki yang lemah dan tak tahan dugaan. Sesungguhnya, dia tahu bahawa dirinya kuat. Buktinya, hingga ke hari ini dia masih mampu berdiri dan tersenyum bagaikan tidak ada yang menggusarkan hatinya. Sedangkan maut seakan berlegar-legar di sekelilingnya dan seakan tidak sabar untuk menjemputnya pergi.
*  *  *
Hariz menapak masuk ke dalam wad yang tertera nama `Natasya Adilla Bt Abd Rasyid` di daun pintu. Wajah tasya yang pucat direnung. Wajah itu tampak terlalu cengkung. Hariz mengeluh perlahan. Lantas, hariz menarik sebuah kerusi supaya rapat dengan tasya dan terus duduk. Jemari tasya di capai lantas direnung. Memang kelihatan pucat. Hariz menggenggam jemari tasya lantas mengucup jemarinya perlahan. Airmata gugur di lengan tasya. Perlahan-lahan tasya membukakan kelopak mata yang tadinya tertutup rapat.
“riz…riz buat apa kat sini?”
Lemah suara gadis itu menusuk ke pendengaran hariz. Lantas, jari telunjuknya di rapatkan ke bibir si gadis.
“shhh…diam, sayang…jangan banyak bercakap. Muka tasya dah pucat sangat ni..”
Tasya tersenyum walaupun tampak payah. Jemarinya di angkat perlahan. Lantas airmata hariz diseka.
“jangan nangis, riz…”
“tak, sayang..riz tak nangis…”
Hariz menggeleng perlahan sambil matanya masih merenung wajah tasya.
“riz nak tasya tahu, riz sayangkan tasya. Riz memang sayang sangat kat tasya. Cuma, riz buat semua ni sebab riz terpaksa. Kalau ada jodoh untuk kita bersama, kita pasti akan kahwin jugak..ye, sayang?”
Tasya merenung hariz dengan pandangan yang sayu. Bibirnya digerakkan tanda ingin bersuara namun bunyi tombol pintu di pulas mematikan hasratnya. Hariz dan tasya menoleh kearah pintu. Tidak lama kemudian, muncullah ayah dan ibu tasya.
“hariz? Kau buat apa dekat sini?”
Ayah tasya bersuara agak kasar. Hariz sekadar merenung wajah tua itu.
“kau buat apa dekat sini? Kau pergilah balik. Kau dengan tasya dah tak ada apa-apa ikatan. Jadi, pakcik rasa tak payahlah kau datang sini sebab pakcik, makcik dan tasya dah menyampah nak tengok muka kau. Kau dah bawak bala dalam keluarga kami!!”
“tapi, pakcik..saya Cuma….”
“pakcik taknak dengar apa-apa lagi. Baik kau pergi!!!”
Tasya menggeleng pantas.
“ayah..jangan halau dia..”
“kau diam, tasya!! Nampaknya kau tak sedar lagi apa yang dia dah buat dengan kau. Kau tak pernah serik ke tasya?? Laki macam ni, memang tak berguna langsung…”
“pakcik..bagi peluang untuk saya terangkan segala-galanya…”
“takde maknanya hariz.. yang pakcik tahu, antara kau dengan tasya dah takde apa-apa hubungan lagi dah dan kau pun dah malukan keluarga pakcik lepas tu senyap macam tu je!”
“tapi..saya ada sebab, pakcik…”
“pakcik taknak dengar apa pon yang kau nak cakap. Pakcik Cuma nak kau keluar dari sini.”
Ayah tasya menarik tombol pintu dan membuka pintu seluas yang mungkin. Hariz masih merenung wajah tasya. Genggaman jemari tasya semakin utuh bertaut bersama jemarinya. Ada airmata yang mengalir dari tubir mata si gadis. Ingin sahaja hariz menyeka titisan-titisan halus itu, namun lengannya direntap sekuat mungkin dan dia ditolak keluar dengan kasar oleh ayah tasya. Hariz terjelepok di tepi sebuah kerusi yang sememangnya diletakkan di situ. Kepalanya terhantuk agak kuat di kerusi itu. Hariz memegang kepalanya yang terasa sakit serta pandangannya kelihatan berpinar-pinar. Tanpa disedari oleh sesiapa, hariz rebah di situ.
*  *  *
Hariz membuka matanya perlahan-lahan. Suasana bilik yang dihuninya tika ini terasa begitu asing baginya. Hariz cuba untuk bangun namun terasa amat payah. Topeng oksigen yang dipakaikan padanya di tanggalkan perlahan-lahan. Kepalanya yang terasa berdenyut di raba perlahan. Hariz tersentak bila kepalanya terasa seperti di balut. Hariz merasa dirinya begitu lemah lantas matanya di pejamkan serapat yang mungkin untuk cuba mengingati apa yang telah terjadi. Yang terlintas di ingatannya tika ini adalah Natasya Adilla!!
“hariz………..”
Perlahan-lahan matanya dibuka semula.
“doktor nazmi?”
Doktor nazmi tersenyum. Baguslah awak dah sedar..dah hampir 3 bulan awak koma.”
“saya? Saya koma??”
“ye, hariz…awak pon telah di bedah. Tapi…”
Wajah doktor nazmi kelihatan berkerut lantas sebuah keluhan kasar keluar dari ulas bibirnya.
“tapi apa, doktor?”
“takde ape lah..Cuma awak tu, banyakkan berehat,k? nanti, saya akan datang lagi untuk periksa awak.”
Doktor nazmi berlalu pergi selepas memasangkan semula topeng oksigen pada hariz. Hariz bingung, sewaktu topeng oksigen di tanggalkan, dadanya berdegup dengan begitu pantas. Namun, apabila topeng oksigen dipakaikan semula, barulah dadanya yang tadi berombak kencang kembali seperti biasa.
2 hari terjaga dari koma, namun hariz masih belum mampu untuk bangun. Untuk bercakap pon dirasakan amat payah. Wajah ibu dan ayah pula masih tidak kelihatan. Hariz merasa pelik. Tidak mungkin ayah dan ibunya tidak datang melawat dirinya yang sedang terlantar. Hanya doktor nazmi dan jururawat yang dilihat saban hari. Namun setiap kali mulutnya ringan bertanya, setiap kali itulah doktor nazmi seakan mengubah topik perbualan. Sudahnya, dirinya ditinggalkan dengan persoalan yang masih tidak diketahui jawapannya. Hariz bingung. Mana ayahnya, ibunya dan tasya? Ya, masih segar di dalam ingatannya, titisan-titisan halus yang terbit dari tubir mata bening si gadis.
*  *  *
Hariz merenung wajah doktor nazmi yang sememangnya seorang doktor yang baik dan sentiasa memberikan kata-kata perangsang kepadanya.
“doktor..saya taknak doktor mengelak lagi. Tolonglah jawab pertanyaan saya. Mana ibu dan ayah saya? Kenapa saya tak Nampak diorang? Doktor tak bagitau diorang ke yang saya dah sedar?”
Doktor nazmi mengeluh. Haruskah dia memberitahu perkara sebenarnya?
“hariz..awak berehat lah ye..”
“tak, doktor…hati saya takkan tenang selagi tak tahu. Mana ibu dan ayah?”
Hariz bersuara agak keras.
“sebenarnya, ibu dan ayah awak dah takde. Diorang berdua terlibat dalam kemalangan sebulan selepas awak di bedah. Kemalangan tu berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke sini untuk melawat awak. Maafkan saya. Saya takut awak tak kuat nak hadapi ini semua. Tuhan lebih sayangkan mereka berbanding kita semua.”
Doktor nazmi tunduk. Tidak sanggup rasanya dia untuk menatap wajah hariz yang ketara terkejut dengan kenyataannya sebentar tadi.
“doktor..doktor tipu saya,kan? Ibu saya masih hidup,kan?ibu dan ayah saya masih ada,kan? Cuma diorang takde masa  nak datang melawat saya,kan doktor?”
Doktor nazmi menggeleng. Serentak itu, airmata hariz mengalir laju ke pipi lelakinya.
“saya harap awak tabah hadapi semua ini kerana ini adalah dugaan ALLAH terhadap hambanya..banyakkan bersabar ya..”
Doktor nazmi menepuk bahu hariz perlahan. Hariz sekadar menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya.
“kenapa saya di uji sebegini rupa?apa salah saya?”
“hariz..jangan cakap macam tu. Tak baik..”
Hariz merebahkan tubuhnya ke katil. Wajah tua ibu dan ayahnya menerpa di ruang mata. Rindu menggamit hatinya yang kesepian. Ah!! Alangkah bagusnya kalau dia yang pergi dulu. Terasa begitu siksa apabila terpaksa menerima pemergian orang yang tersayang. Sedangkan selama ini dirinya yang bergelut dengan penyakitnya, tetapi yang dijemput pergi adalah insan yang sihat walafiat. Begitukah dunia?? Keadilannya seakan tiada. Namun, siapalah dia untuk mempertikaikan kehendak illahi. Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri. Sekurang-kurangnya, ibu dan ayahnya tidak perlu menangisi jasadnya tatkala dikebumikan dan mereka pasti akan bertemu tidak lama lagi. Ya!hariz pasti!
*  *  *
“hariz..awak tak boleh macam ni. Awak kena makan ubat yang nurse bagi.”
“buat apa saya makan ubat? Dan buat apa saya hidup? Kenapa doktor selamatkan saya? Kenapa doktor benarkan saya di bedah? Kenapa?”
Suara hariz kasar menampar gegendang telinga doktor nazmi.
“sebab saya nak awak terus hidup. Awak berhak untuk hidup, hariz..”
“tapi, buat apa saya hidup tanpa ibu dan ayah saya? Hidup saya takde makna tanpa diorang. Saya dah jadi anak yatim piatu! Saya sebatang kara, doktor..”
Hariz menangis persis anak kecil. Doktor nazmi hanya mampu melihat kekecewaan hariz itu. Sudah habis ikhtiarnya tika ini. Untuk memujuk, hariz dirasakan bukan lagi anak kecil. Hariz sudah dewasa dan boleh memikirkan baik buruknya sesuatu perkara. Doktor nazmi berlalu pergi. Airmata yang bergenang di kolam matanya di sembunyikan dari pandangan hariz. Doktor nazmi sendiri dapat merasai betapa hancurnya hati hariz tika ini. Dugaan yang menimpa dirinya melanda persis turunnya hujan dari langit bertali arus tanpa henti. Doktor nazmi sendiri tidak pasti berapa lama lagi hariz boleh hidup kerana semua doktor pakar yang menjalankan pembedahan telah sebulat suara mengatakan pembedahan terhadap hariz telah gagal. Barah yang menyerang bahagian otak hariz telah jauh merebak hinggakan tidak mungkin dapat dikeluarkan semuanya.
Hariz merenung ke kaca tingkap. Awan yang tampak berbalam-balam itu di selubungi mendung persis hatinya yang begitu kecewa tika ini. Hariz merenung ke sekeliling bilik itu. Hatinya terasa kosong. Hidupnya selepas ini pastinya tidak akan seceria dahulu. Kesunyian seakan menjadi peneman setia dirinya. Hariz mengeluh lagi. Mengeluh untuk kesekian kalinya. Entahlah…hidupnya tika ini terasa tidak bermakna langsung. Baginya, lebih baik dia mati dari terus hidup begini.
“hariz..please..makanlah ubat ni..”
Hariz menggeleng perlahan. Ubat yang dihulurkan oleh doktor nazmi tidak di pandang langsung. Doktor nazmi memberikan isyarat mata pada seorang jururawat memintanya keluar dan menyerahkan tugas ini kepadanya. Memujuk hariz untuk menelan ubatan yang hanya mampu mengurangkan kesakitan yang di alami jejaka tersebut.
“hariz..saya merayu pada awak. Tolong la makan ubat ni.. awak belum betul-betul pulih lagi. Awak kena makan ubat.”
Doktor nazmi meletakkan beberapa butir ubat di atas tapak tangan hariz namun ditolak kasar sehinggakan ubat-ubat itu bertaburan jatuh ke lantai.
“hariz!! Awak sepatutnya bersyukur sebab dapat peluang untuk hidup. Tapi, awak sia-siakannya. Macam ni ke balasan awak pada saya dan pada ALLAH yang telah bagi peluang untuk awak hidup? Ini ke balasan awak sebagai tanda syukur?”
Hariz menapak ke pintu dan terus keluar. Hatinya tersayat pilu bila mendengar kata-kata doktor nazmi. Kejamkah dia? Tak tahu bersyukur? Tapi, dia merasakan dirinya betul-betul tidak berdaya untuk hidup. Hariz meneruskan langkahnya ke taman rekreasi yang di bina di dalam kawasan hospital itu. Langkah hariz terhenti apabila kepalanya tiba-tiba merasa sakit yang teramat sangat dan akhirnya hariz rebah menyembah bumi.
*  *  *
Doktor nazmi memekup mukanya dengan kedua tapak tangan. Dia menangis. Menangis kerana 1 lagi nyawa bakal melayang bila-bila masa saja lagi. Wajah hariz yang terbujur direnung lembut. Alangkah beratnya beban yang di tanggung oleh lelaki ini. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Doktor nazmi kesal. Kesal kerana telah menipu hariz dan kedua orang tuanya satu masa dulu. Sememangnya, sejak hariz menjalani kemoterapi, peratusnya untuk sembuh sedikit pon tiada apabila melihat kanser itu telah merebak ke organ utamanya dan tetap tidak boleh dikawal. Tetapi, apabila melihatkan kesungguhan seorang ibu dan ayah yang begitu mengharapkan anaknya sihat, doktor nazmi terpaksa menipu. Sesungguhnya, dia tidak sanggup melihat airmata wanita tua itu berguguran ke pipinya. Walaupun merasa berdosa kerana telah memberi harapan palsu, tetapi dia berpuas hati kerana kedua orang tua itu terus tersenyum selepas mendengar kata-katanya. Tetapi, sungguh tidak di sangka, orang yang sakit masih bertahan sampai sekarang, sedangkan yang sihat walafiat di jemput pergi terlebih dahulu.
“ibu…”
Doktor nazmi mengesat matanya yang basah. Wajah hariz direnung lagi. Mata pemuda itu amsih terpejam rapat, namun bibirnya memanggil-manggil ibu yang sememangnya sudah tiada.
“ibu…”
Doktor nazmi lantas keluar mendapatkan jururawat di kaunter.
“kak fiza, tolong tengok-tengokkan pesakit di bilik hujung, hariz izwan. Saya ada hal sikit.”
Jururawat tersebut mengangguk dan terus berlalu. Doktor nazmi kembali ke biliknya.
Doktor nazmi melihat kearah tingkap. Sememangnya fikirannya kusut. Kenyataan yang harus di hadapi ialah dia bakal melihat satu lagi jenazah di usung keluar dari hospital ini. Dan yang paling memeritkan ialah jenazah itu merupakan jenazah pesakitnya sendiri. Sememangnya dia adalah doktor namun takdir jauh lebih hebat darinya kerana takdir itu adalah ketentuan ALLAH.
*  *  *
“ayah..tasya bukan budak-budak lagi. Tolong la benarkan tasya hidup dengan keputusan tasya sendiri. Tasya nak teruskan perkahwinan ni!!”
“tasya!! Ayah takkan benarkan tasya kahwin dengan hariz!! Dia dah malukan keluarga kita!! Ayah takkan terima dia jadi menantu ayah sebab dia tak layak untuk tasya!!”
“tapi, ayah.. tasya sayangkan dia. Tasya terlalu sayangkan dia..”
“tasya boleh amik sebanyak mana masa yang tasya mahu untuk lupakan dia..yang ayah nak, tasya lupakan hariz!!”
“tapi, ayah…”
“takde tapi-tapi lagi..ikut cakap ayah!!”
Tasya tunduk. Airmata yang tadinya bertakung di kolam matanya mengalir tanpa dapat di tahan lagi. Tasya meraung. Kata-kata ayah sememangnya tak dapat dibantah lagi. Ibunya hanya menggeleng, sayu melihat rintihan si anak, namun apa dayanya..sememangnya suaminya terlalu mengongkong. Dia sendiri tidak mampu untuk mengubah keputusan suaminya yang ternyata tiada keadilan buat anak kesayangan mereka.
*  *  *
“doktor..boleh saya Tanya 1 soalan?”
Doktor nazmi merenung wajah hariz yang tampak pucat
“ye..tanye la..insyaALLAH saya akan cuba jawab.”
“doktor…saya..sememangnya saya..dah takde peluang untuk terus hidup,kan?”
Doktor nazmi tersentak. Macamana hariz boleh tahu? Doktor nazmi cuba untuk senyum..senyum yang dibuat-buat dan sengaja di maniskan wajahnya.
“apa yang awak merepek ni hariz?”
“doktor..doktor jangan la nak tipu saya. Sememangnya badan ni milik saya dan saya dapat rasa perubahannya. Saya dah hampir nak mati,kan?
Doktor nazmi menelan liurnya yang terasa amat pahit. Kerongkongnya terasa tersekat, lidahnya kelu. Doktor nazmi hanya mampu merenung wajah lesu di hadapannya itu dengan rasa simpati yang menggunung.
“hariz..saya tak boleh nak kata apa..Cuma berserah sahajalah pada ALLAH..banyakkan berdoa,ya..”
Hariz mengangguk. Doktor nazmi terus berlalu. Tidak di sangka, hariz begitu tabah. Masih boleh bersabar saat mengetahui detik ajalnya kian tiba.
Hariz merenung gumpalan awan yang berarak menutupi sang matahari.
“indahnya matahari….esok, dapat lagi ke aku tengok matahari?”
Hariz menggigit bibirnya yang pucat. Mungkin ini takdir yang patut di terima. Hariz tak terkilan andainya dia di panggil menghadap illahi tika ini kerana dia sememangnya sebatang kara. Tiada apa lagi yang penting kecuali tasya. Ah!! Gadis itu terlalu banyak menderita tika ini. Hariz merenung kearah pintu apabila terdengar tombol pintu di pulas dari luar.
Seorang jururawat masuk menatang sedulang hidangan tengahari. Hariz memandang sayu pada nasi dan lauk pauk yang di letakkan di hadapannya.
“nurse..tolong saya, boleh tak?”
“erm…insyaALLAH..tapi, tolong apa, encik hariz?”
“tolong bawakan kertas dan pen untuk saya, boleh?”
Jururawat itu mengangguk lantas terus berlalu. Hariz menghela nafas panjang. Sepucuk surat perlu di lakarkan buat tasya. Agar semuanya jelas dan difahami si gadis yang begitu tulus menyintai dirinya.
*  *  *
“masuk!”
Doktor nazmi bersuara nyaring apabila mendengar ketukan di pintu biliknya.
“assalamualaikum, doktor.”
Doktor nazmi memandang empunya suara, lantas tersenyum.
“oh, hariz..saya ingatkan siapa tadi..duduklah.”
“takpe lah doktor..saya pon tak lame..Cuma nak sampaikan sesuatu je.”
“duduklah dulu…”
Doktor nazmi bersuara lembut. Dengan berat hati, hariz melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan doktor nazmi.
“saya nak mintak doktor tolong sampaikan warkah ni pada seseorang boleh tak?”
Hariz menghulurkan sepucuk surat yang dilipat kemas.
“awak nak suruh saya bagi pada sape, ni?”
Doktor nazmi menyambut huluran surat itu dari jemari hariz.
“pada tasya. Surat ini saya tulis khas buat insan yang paling saya cintai seumur hidup saya..alamatnya ada di situ. Saya harap doktor dapat berikan surat ni pada tasya selepas jenazah saya telah selamat dikebumikan. Lagi satu, amanat saya..tolonglah tunjukkan tempat saya di semadikan pada dia dan sampaikan salam saya pada dia ya. Dan….katakan pada dia…”
Airmata hariz menitis. Doktor nazmi terus tunduk menahan pandangan mata yang kian kabur.
“…katakan pada dia..cinta dia pada saya amat saya hargai…dan cinta itulah saya bawa sehingga ke liang lahad….saya takde sesiapa selain dia untuk doakan saya di sana, nanti…”
Suara hariz kedengaran serak. Airmata yang mengalir dibiarkan terus mengalir. Untuk apa dia malu pada insan yang sentiasa ada di setiap sakit dan pedih yang di laluinya. Doktor nazmi pasti faham. Doktor nazmi mengangguk perlahan.
“insya allah…akan saya sampaikan….”
“thanks  doktor..saya pergi dulu..”
Hariz bangun dari duduknya. Namun sebelum sempat kakinya melangkah, wajah doktor nazmi ditatap semula.
“andai saya Tanya satu soalan pada doktor, boleh doktor jujur dengan saya?”
Doktor nazmi sekadar mengangguk menahan sebak yang mula bertandang.
“doktor belum berkahwin,kan?”
“ye..belum sampai jodoh saya..kenapa?”
“kalaulah…kalau saya titipkan tasya untuk doktor, doktor sudi tak?”
Doktor nazmi melopong mendengar permintaan hariz.
“tapi….”
“saya tak paksa..Cuma, saya nak tasya dapat lelaki yang baik sebaik doktor..saya kenal hati budi doktor..tapi, kalau doktor xdapat penuhi permintaan terakhir saya ni, saya tak kesah..jodoh, ajal pertemuan bukan di tangan saya dan bukan di tangan mana-mana manusia sekalipun. Terima kasih, doktor…”
Hariz terus melangkah keluar meninggalkan doktor nazmi yang nyata masih terkejut dengan apa yang di dengarinya. Perlahan, kepalanya digelengkan.
“aku tak rasa aku mampu tunaikan permintaan terakhir kau, hariz….maafkan aku”
Hariz berlari memasuki biliknya dan menghamburkan tangisannya sepuas mungkin. Hariz redha… redha andainya hidupnya hanya setakat ini sahaja kerana kerinduan pada ayah dan ibunya terasa begitu kuat mencengkam pelusuk hatinya.
“ayah…ibu…tunggu hariz, ya…tak lama lagi, hariz akan temankan ayah dan ibu..hariz janji…”
*  *  *
Sayup-sayup alunan bacaan yaasin kedengaran di setiap pelusuk hospital. Doktor nazmi meraup mukanya yang dibasahi airmata. Sesungguhnya, hatinya pilu..pilu melihat jenazah yang terbaring kaku tanpa ada yang menziarahi. Disebabkan itulah dia mengupah sekumpulan kanak-kanak dari sekolah tahfiz supaya datang membacakan yaasin buat jenazah hariz. Mudah-mudahan rohnya dirahmati ALLAH.
“doktor..jenazahnya nak di hantar ke mana? Saya dah booking sebuah kereta jenazah.”
“rumah dia tak jauh dari sini, tapi, saya nak jenazahnya siap disembahyangkan, baru dihantar ke tanah perkuburan di kampung dia. Lagipon, saya dah booking tapak kubur tadi. Mungkin dalam proses menggali liang lahad dah sekarang ni.”
Jururawat bertugas mengangguk lantas berlalu memanggil rakan sejawatnya untuk sama-sama menguruskan jenazah ini sebelum pihak bilik mayat mengambil jenazah untuk diuruskan mengikut agama islam. Tujuan jururawat di dalam wad hanyalah menanggalkan segala jarum atau jahitan yang masih ada di badan si mati sebelum jasadnya di ambil dan di bawa ke bilik mayat.
Setelah jenazah hariz siap dikafankan di perkarangan bilik mayat hospital, jenazahnya di sembahyangkan secara beramai-ramai di masjid berdekatan oleh kanak-kanak tahfiz serta orang ramai yang kebetulah usai solat zohor berjemaah di situ. Setelah selesai disembahyangkan, jenazah hariz dihantar ke kampungnya di kuala perlis. Sesampainya di kampung hariz, ramai orang yang datang melawat setelah ternampak van jenazah di parkir di kawasan tanah perkuburan. Doktor nazmi yang masih lengkap dengan pakaian kerja menanggalkan kot putih yang masih tersarung di tubuhnya.
“encik..siapa yang meninggal??”
Seorang lelaki berumur lingkungan 50-an menghampiri doktor nazmi sambil menghulurkan tangan. Doktor nazmi menyambut huluran tangan lelaki tua itu
“hariz, pakcik..hariz izwan yang duduk kat rumah hijau hujung kampong tepi laut sana tu..”
“kesian..hari tu, mak dengan ayah dia baru ja meninggal dunia sebab accident,kan? Dia pon accident jugak ka?”
“tak lah..dia sakit, pakcik..barah otak..dan saya lah doktor yang merawat dia selama dia sakit ni.”
“oh..doktor la ni? Dah lama ke dia sakit?”
Doktor nazmi mengangguk perlahan.
“dah lama dah, pakcik…”
“takpe lah doktor..saya nak pergi masjid nak umumkan pasal ni kat semua orang. insyaALLAH malam ni, dapat la kami adakan solat hajat dan bacaan yaasin untuk arwah.”
“bagus lah tu pakcik. Ni ada sedikit sumbangan dari saya. Saya harap pakcik dapat buat kenduri arwah untuk hariz dekat masjid.”
Doktor nazmi menghulurkan beberapa keeping not 50. Lelaki tua itu hanya mengangguk lantas berlalu pergi. Tidak lama kemudian, semakin ramai orang yang membanjiri kawasan itu dan sebahagian daripadanya menangisi pemergian hariz.
*  *  *
Doktor nazmi memecut keretanya kearah alamat yang diberikan oleh hariz sambil jemarinya menggenggam sepucuk surat amanat terakhir arwah hariz yang dititipkan padanya. Setelah memastikan alamat yang ditemuinya itu sama dengan alamat yang tertera pada surat itu, doktor nazmi lantas memberikan salam. Terdengar suara sahutan dari seorang lelaki yang agak berumur.
“ye..anak cari siapa?”
“natasya adilla ade tak, pakcik?”
“tasya??dia ada..masuklah dulu..”
Doktor nazmi lantas mengangguk sambil melangkah masuk. Setelah agak lama menunggu, seorang gadis datang menatang dulang minuman. Wajah gadis itu tampak pucat.
“buat apa awak cari saya?”
Gadis itu bersuara tanpa memandang wajah doktor nazmi.
“saya membawa amanat orang..awak kenal hariz?”
Lantas gadis itu mendongak dan tersenyum.
“hariz hantar awak untuk pinangkan saya buat dia ke?”
Doktor nazmi serba salah apabila melihat mata gadis itu yang bersinar keriangan. Terasa berat hatinya untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya.
“hariz bagi surat ni pada awak…bacalah…”
Doktor nazmi menghulurkan surat itu pada tasya. Dengan wajah berseri-seri, tasya merenung surat tersebut.
“nanti lah tasya baca…thanks!!”
Tasya mengeluarkan isi di dalam sampul itu lantas berlari ke biliknya.
“apa lagi yang hariz nak?? Kenapa tak datang sendiri?? Dia takut pakcik halau dia macam hari tu ke?? Pengecut!! Baru sampai terduduk kat kerusi aku buat, dah takut!!huh!!”
Ayah tasya merengus perlahan.
“oh..pakcik yang tolak dia kat kerusi hari tu??sampai dia….”
“hah!! Aku lah..dah degil sangat..aku tolak sikit pon takut!!!bukan anak jantan namanya!!”
Ayah tasya bersuara garang. Doktor nazmi menggelengkan kepalanya perlahan. Peristiwa itulah yang menghadirkan segumpal darah beku di kawasan cerebral di otak hariz sehingga memaksa dirinya dibedah sekaligus untuk mengeluarkan kanser di bahagian otaknya. Namun kanser itu telah merebak hampir keseluruhan otaknya hingga tidak mungkin ianya di buang.
Doktor nazmi tidak memahami dengan jelas apa yang berlaku pada lelaki tua di hadapannya itu dengan hariz. Namun ada kebencian terlihat di tubir mata tua itu kepada arwah hariz. Doktor nazmi mengeluarkan sehelai nota dan mencatatkan nombor telefonnya beserta namanya. Lantas, kertas itu dihulurkan kepada lelaki tua tersebut. Acuh tak acuh lelaki itu menyambut helaian nota kecil itu.
“tu nombor telefon saya..simpan lah..sebab saya pasti satu hari nanti, pakcik dan keluarga pakcik perlukan saya. Saya terpaksa pergi dulu..ada hal sikit.. assalamualaikum..”
Ayah tasya sekadar mengangguk sebelum menghilangkan diri ke dalam rumah sebelum sempat doktor nazmi melangkah ke kereta miliknya. Riak kurang senang dengan kehadiran pemuda yang tidak diketahui entah dari mana jelas kelihatan dari wajah bengis itu.
*  *  *
Pintu bilik tasya di tending sekuat hati lantas surat yang khabarnya dari hariz dirampas kasar.
“ayah..apa ni?”
Tasya cuba merampas kembali warkah itu namun kepalanya ditolak kasar oleh si ayah sehingga jatuh di bucu katil. Tasya mengerutkan dahinya yang terasa pedih. Perlahan-lahan darah merah pekat mengalir menghalang pandangannya. Ayah tasya menerpa ke arahnya. Tasya menepis kasar jemari ayahnya yang ingin membantu dirinya yang kelihatan sakit akibat luka di dahinya.
“biar tasya mati je!!”
Tasya menghentakkan kepalanya ke bucu katil itu beberapa kali. Darah pekat semakin laju mengalir membasahi wajahnya.
“tasya..jangan macam ni..”
“buat apa tasya hidup kalau tak dapat bersama dengan orang yang tasya cintai?? Untuk apa tasya hidup lagi?? Tasya taknak hidup dah…tasya nak mati!!!tasya nak mati!!!”
Tasya terus menghentakkan kepalanya ke bucu katil. Ayah tasya yang tadinya bermuka bengis, terus menangis melihat keadaan anak tunggalnya itu. Ibunya yang melihat dari pintu biliknya telah jatuh terjelepok di lantai. Sesungguhnya, dia tidak mampu untuk membantu satu-satunya anak yang mampu di kandungnya itu.
“ya allah…”
Ibunya hanya beristighfar perlahan.
“tasya…dahlah tu..ayah benarkan tasya dan hariz kahwin..ayah benarkan…ayah benarkan,nak..”
Lantas ayah tasya memeluk anak gadisnya yang teresak-esak menangis.
“betul ni, ayah??”
Ayah tasya mengangguk perlahan.
“terima kasih, ayah…tasya sayang ayah!!”
Tasya memaut tubuh ayahnya erat. Darah yang mengalir dari dahinya yang luka dikesat menggunakan belakang tapak tangannya. Senyuman terukir di bibir manisnya.
“ayah..mari kita baca surat dari hariz, ayah…”
Ayah tasya mengangguk sambil menghulurkan surat itu kembali pada tasya. Tasya membuka helaian surat itu perlahan. Senyumannya melebar apabila meneliti tulisan buah hatinya.
*
Tasya…
Terlebih dahulu, hariz nak minta maaf di atas apa yang berlaku pada cinta kita..
Hariz tahu tasya kecewa..hariz tahu tasya menangis…hariz pon menangis jugak, sayangg..menangis kerana terpaksa lukakan hati tasya..bukan niat hariz sebenarnya tapi, hariz terpaksa…
Saat tasya menatap warkah ini, sudah pasti hariz telah tiada lagi di dunia ini..hariz mengamanatkan doktor nazmi iaitu doktor peribadi hariz untuk menyampaikan warkah ini pada tasya…andai tasya sudi melawat pusara hariz, datanglah…hariz menunggu kiriman ayat-ayat suci dari tasya..tasya boleh minta doktor nazmi tunjukkan pusara hariz sebab hariz pasti, dia yang menguruskan persemadian hariz..
Hariz tak pasti tasya tahu atau tidak..tapi, izinkan hariz maklumkan pada tasya yang ibu dan ayah hariz dah tinggalkan hariz terlebih dahulu..ibu dan ayah kemalangan sewaktu ingin melawat dan menjaga anaknya ini yang sakit di hospital…hariz kena akur, hariz hidup yatim piatu tanpa ibu dan ayah, tanpa adik beradik dan tanpa saudara mara lagi…pemergian hariz dinanti ayah dan ibu…hariz taklah terkilan sangat mengenangkan ini semua..
Tasya kekasihku…
Tasya kekasih hariz dan satu-satunya perempuan yang hariz cinta selain ibu di dunia ni..dan yang hariz bangga sangat, cinta kita hariz bawak sampai ke liang lahad…dan hariz nak tasya pon bangga dengan kenyataan ni…MATI yang memisahkan kita..semoga di alam akhirat, kita di pertemukan semula, sayang…
Memang hariz akui..hati ni betul-betul sayangkan tasya..hati ini betul-betul menyintai tasya..Cuma, hariz nak tasya membenci hariz supaya tasya tak kecewa kelak..supaya hati tasya tak lebih terluka dan menangis setelah hariz dipanggil pergi menghadap illahi..dan sakit yang tasya rasa, sakit jugak hariz rasa..malah lebih sakit lagi bila hariz dapat rasa tasya menganggap hariz lelaki yang tak setia pada cinta..dan oleh sebab itulah, warkah ini hariz layangkan buat tasya..
Sekian sahaja warkah terakhir dari insan yang amat mencintaimu Natasya Adilla..
cinta kita hariz bawa sampai ke mati..semoga tasya mendapatkan insan yang lebih baik dari hariz untuk menemani perjalanan hidupmu, sayang..cintailah dia sebagaimana tasya cintakan hariz..
Assalamualaikum, sayang..
salam sayang,
HARIZ IZWAN
*
Warkah itu terlepas dari jemari tasya. Tasya menggeleng perlahan. Airmata laju menuruni lekuk pipi mulusnya.
“tasya..hariz kata apa,nak?”
Ayah tasya memandang wajah tasya dengan seribu tandatanya. Tanpa sempat menjawab soalan ayahnya, tasya rebah. Namun tubuhnya sempat di sambut oleh si ayah. Lantas, tubuh itu di cempung dan dibaringkan di atas katil. Ayah tasya kemudian mencapai warkah yang jatuh ke lantai. Ibu tasya menghampiri suaminya sambil turut membaca warkah yang dititipkan oleh hariz. Tidak lama kemudian, ayah tasya terduduk di lantai bilik anaknya itu.
“ya ALLAH…aku berdosa padanya, ya ALLAH..kau ampunkan lah aku..kau tabahkanlah hati anak gadisku ini..aku pohon padamu ya ALLAH..”
“a..abang…hariz dah…dah…”
Ayah tasya sekadar mengangguk mengiakan apa yang diperkatakan oleh ibu tasya. Lantas wanita itu tersedu-sedu. Dirinya juga pernah menuduh hariz yang bukan-bukan.
“innalillah…..”
*  *  *
“ayah….”
Ayah tasya memandang wajah anak gadisnya itu…
“tasya mimpi, ayah…”
“mimpi apa,nak??”
Tasya bangun dari baringnya. Dia berfikir sejenak sambil memicit kepalanya yang terasa sakit.
“tasya mimpi..hariz utuskan surat melalui doktor peribadi dia..tasya mimpi, hariz mati…”
Ayah tasya terus memeluk anaknya itu.
“kenapa ni, ayah?? Kenapa ayah menangis??”
“semua tu bukan mimpi, tasya…semua tu reality..hariz dah takde, sayang..hariz dah tinggalkan tasya, tinggalkan kita semua..”
Tasya terus menolak ayahnya dan ketawa sekuat mungkin.
“ayah bohong lah…tasya nak try kol hariz..ayah jangan halang tasya kali ni..”
Tasya bingkas bangun dan mencapai telefon bimbitnya. Nombor hariz di dial. Lama tasya menunggu namun talian tidak disambungkan. Tasya mendial lagi dan masih tidak dapat dihubungi. Tasya terus mendial berkali-kali namun hampa. Akhirnya, dia terus menangis tersedu-sedu.
“harizz!!!!!!”
Ayah tasya sekadar memandang dari jauh tubuh tasya perlahan-lahan terduduk di lantai. Sesungguhnya hatinya sayu. Andai dia tahu ini semua akan berlaku, sudah tentu dia akan biarkan mereka berkahwin dan berbahagia walaupun seketika.
“harizz!!!!”
Tasya melangkah ke katilnya perlahan-lahan walau pun tersungkur berkali-kali. Lututnya terasa tidak kuat untuk berdiri bagi menampung tubuhnya. Lantas tubuhnya direbahkan. Dia memejamkan matanya serapat yang mungkin dengan harapan apabila terjaga semula, semua ini adalah mimpi. Tasya berharap dapat melihat senyuman hariz lagi. Dia amat berhasrat untuk menatap mata coklat cair milik hariz yang sering merenung matanya dengan limpahan kasih sayang. Airmata menjadi peneman setia sambil hatinya cuba untuk menidakkan sebuah kenyataan. Ibu tasya muncul selepas terkejut mendengar jeritan tasya memanggil nama hariz. Lantas tubuh kecil tasya di peluk dan dahi si anak di cium bertalu-talu.
“sabar, tasya..ini dugaan dari ALLAH….”
Tasya sekadar membisu. Airmata tidak henti-henti mengalir walaupun tanpa esakan.
“abang..puas hati abang,kan? Puas hati abang buat anak kita macam ni? Apa-apa jadi pada tasya, imah takkan maafkan abang..inilah satu-satunya anak yang mampu imah kandungkan, yang mampu imah hadiahkan sebagai bukti perkahwinan kita, bukti cinta kita..tapi, apa yang abang buat?? Tak habis-habis abang menyakiti kurniaan ALLAH pada kita ni..tasya satu-satunya anak imah..sakit dia, sakit imah jugak…abang menyakiti dia bermakna abang menyakiti hati imah..itu tandanya sayang abang, cinta abang pada imah dah hilang…”
Suara ibu tasya lembut tapi kedengaran tegas. Baginya, apa yang dilakukan oleh suaminya kali ini sudah keterlaluan.
“maafkan abang, imah…maafkan ayah, tasya..ayah tak mampu jadi ayah yang baik untuk tasya walaupun tasya satu-satunya anak ayah..dan imah, abang bukan suami yang baik untuk imah..”
*  *  *
“ibu…”
Tasya pantas bangun. Ibunya yang tidur di sebelahnya turut terjaga. Jam dinding bilik itu tepat menunjukkan pukul 12.10 tengah malam.
“ibu…hariz datang, bu..”
“ya ALLAH, tasya…mengucap, nak…mengucap..”
Ibunya mengelus lembut anak rambut yang berjuntaian di dahi tasya.
“ibu…ibu tak Nampak ke?? Tu…hariz berdiri kat situ..dia senyum kat tasya,bu…”
Tasya tersenyum. Ibunya gelisah dan kegelisahan itu kian memuncak apabila tasya melangkah turun dari katil perlahan-lahan.
“hariz…riz takkan tinggalkan tasya,kan??”
Ibu tasya pantas menarik tangannya namun di tepis kasar.
“ibu..jangan halang tasya lagi!!”
“riz…riz sayangkan tasya,kan?? Riz akan setia pada tasya,kan?? Kita akan kahwin,kan??”
Ibu tasya berlari keluar mencari suaminya. Apabila mereka berdua sampai di bilik, tasya telah pun rebah di lantai biliknya.
*  *  *
“jadi..anak ni doktor peribadi hariz lah, ya?”
“ye, pakcik..dia mintak saya tunjukkan pusara die pada tasya.. bila boleh saya tunjukkan?”
“pakcik rasa, masa sekarang tak sesuai..tasya masih trauma..tak dapat lagi nak terima kematian hariz. Nanti bila sampai masanya nanti, pakcik hubungi doktor lagi.”
Doktor nazmi menghirup teh o panas yang di hidangkan di hadapannya. Secubit kek pisang dikunyah perlahan.
“kalau pakcik Tanya soalan sikit kat doktor, boleh tak?”
Doktor nazmi tersenyum lantas mengangguk. Pandangan matanya di larikan pada tasya yang kelihatan pucat sambil meletakkan kepalanya di bahu ibunya. Sorotan mata si gadis tampak kosong.. tiada sebarang sinar pada mata bulat itu malah mata bening itu kelihatan lebam akibat terlalu banyak menangis.
“sejak bila hariz sakit, doktor?”
“tak payah panggil saya doktor..panggil nazmi je pakcik. Hariz tu, sakit dah lama. Masa die kat luar Negara sambung pelajaran dulu pertama kali dia dapat tahu.. waktu tu, kanser dia memang boleh di ubati dengan pembedahan, tapi tulah..keluarga dia pon tak kaya, dia terpaksa pendam segala sakit tu. Sampai satu masa, duit dia dah cukup untuk pembedahan tu, apabila di periksa, kanser dia dah merebak bukan hanya di bahagian otak, tapi dah pergi ke bahagia tulang belakang  dan hati. Paru-paru hariz juga tak berfungsi dengan baik. Sebab tu lah doktor pakar taknak lakukan pembedahan sebab risikonya terlalu besar. Pakcik, sepatutnya, hariz mungkin dapat hidup lebih lama dari sekarang. Tapi, ajal dia dah tiba dan mungkin sebab pembedahan terpaksa dilakukan waktu itu.”
“pembedahan terpaksa dilakukan? Maksud doktor?”
“ada satu hari tu, pihak kami terjumpa hariz terjatuh kat kerusi di hadapan wad perempuan. Waktu tu, kepalanya terhentak dan kami telah lakukan CT scan dan mendapati kawasan cerebral kat otak die terdapat gumpalan darah beku. Jika dibiarkan, kami khuatir dia akan hilang ingatan dan takut hilang kemampuan, maka kami terpaksa melakukan pembedahan. Akibat pembedahan tu, hariz koma dalam 3 bulan. Tapi, kami hanya merancang, ALLAH yang menentukan…”
Serentak itu, ayah tasya memekup mukanya sambil menahan airmata yang hampir gugur.
“semuanya sebab pakcik..pakcik yang tolak dia sampai jatuh kt kerusi tu. Pakcik marah dia sebab malukan kami sekeluarga. Tarikh perkahwinan dah di tetapkan. Persiapan semua dah disediakan dan jemputan pon dah dijemput, dah di hantar kad..dan tanpa sebab dia batalkan semua ni dan malukan kami sekeluarga. Pakcik kesian dengan tasya, asyik mencari salahnya di mana sampai hariz berubah hati. Tapi, tak sangka keadaan akan jadi macam ni. Anak pakcik, tasya tu dah tak mampu nak senyum. Semua salah pakcik..pakcik yang salah..”
“dah lah pakcik..menda dah jadi, jangan kita salahkan takdir.. Cuma, ada amanat hariz yang terakhir. Mulanya saya rasa saya tak mampu nak tunaikan, tapi, sekarang saya yakin yang saya boleh tunaikan amanat terakhir arwah. Dah 3 malam berturut-turut saya istiqarah..dan jawapan yang saya cari, dah terbayang di ingatan. Saya rasa, tak salah keputusan yang saya ambil ini sebagai memenuhi amanat arwah..”
“apa dia, nak..cakap lah..pakcik takkan ragu-ragu nak penuhi apa saja amanat arwah..pakcik berdosa pada dia..”
“saya nak minta pada pakcik, pada makcik dan pada tasya..saya nak menggantikan tempat arwah dalam rumah ni sebagai menantu pada makcik dan pakcik serta suami kepada natasya adilla…”
Semua yang ada melopong. Tasya spontan merenung doktor nazmi. Mencari kejujuran dalam kata-kata itu dan sungguh, kata-kata itu tulus dari hati anak muda berkaca mata itu.
“sememangnya, hariz titipkan tasya pada saya untuk saya jaga menggantikan dirinya. Ini amanat arwah hariz. Dan, pertama kali saya terpandang wajah tasya, saya rasa saya mampu memikul tanggungjawab ni..”
“tasya…macamana?”
Ibu dan ayah tasya berlalu memberikan ruang bagi 2 anak muda itu untuk berbincang. Keputusan yang di ambil perlulah dibuat oleh tuan punya badan. Begitulah pengajaran mengajar kita erti sebuah kehidupan.
“tasya..saya nazmi khairul azam. Amanat dari hariz izwan nak saya menjaga awak lebih dari nyawa saya sendiri. Tapi, hariz tidak memaksa. Cuma, setelah bermunajat dan beristiqarah pada-NYA, saya ambil keputusan untuk melamar awak. Cuma, terpulang pada awak untuk terima ataupun tak. Tiada paksaan.”
Lancar doktor nazmi menuturkan kata dalam keadaan menundukkan wajah ke lantai. Namun, suaranya yang lantang mampu di dengari dan difahami oleh natasya adilla. Lama keadaan sepi tanpa sebarang suara. Masing-masing tenggelam dalam angan dan kenangan masing-masing. Dalam linangan airmata dan sedu, tasya bersuara.
“saya relakan awak memenuhi amanat terakhir arwah hariz. Cuma, beri saya masa..”
“awak tak menyesal? Saya tak sekali-kali memaksa awak, tasya.”
“tak..Cuma beri saya masa..untuk terima awak dan melupakan hariz.”
“saya tak mintak awak lupakan hariz. Saya pon takkan sekali-kali lupakan hariz. Dia seorang yang berhati mulia. Dan, ambillah sebanyak mana masa yang awak mampu. Saya izinkan…”
*  *  *
3 TAHUN KEMUDIAN…
“hariz…hariz izwan…”
Kanak-kanak berusia setahun 2 bulan itu melangkah perlahan lantas memeluk erat mamanya. Kuih di suapkan ke mulut si comel. Lantas si comel ketawa mengekek.
“comel anak kamu tasya, nazmi..tapi, sape yang bagi nama ni pada anak kamu?”
“abang nazmi yang bagi nama ni, ayah. Tasya ikut je..”
“ayah..tak mungkin nazmi lupakan arwah. Sedangkan dengan mengenalinya membuatkan tuhan pertemukan jodoh nazmi dengan tasya. Masakan nazmi lupa semua tu, ayah..”
“tasya pon x lupakan hariz. Cuma, sekarang..kasih sayang dan cinta tasya utuh untuk suami tasya, abang nazmi. Dan hariz adalah kenangan tasya. Kenangan masa silam yang terlipat kemas dalam memori tasya.”
Airmata yang berlinangan di pipi tasya dikesat perlahan oleh nazmi. Lantas lengan sasanya memeluk tasya dan hariz yang masih berada di dalam pelukan tasya.
“ayah, mak..tasya bahagia sekarang.. terima kasih ayah, mak…”
“bahagia tasya atas derita yang pernah tasya lalui..itulah erti hidup sebenarnya tasya.. ayah sayang tasya, tapi, ayah pon manusia biasa yang ada melakukan silap. Sama-samalah kita saling memaafi. Semoga hari esok akan lebih memberikan sinar untuk kita semua.”
Nazmi meletakkan tapak tangannya di perut tasya yang kelihatan agak timbul.
“terima kasih, tasya sebab berikan abang kebahagiaan ni. Kebahagiaan yang tak terkira indahnya. Anak kedua kita ni pun biar abang yang sambut kelahirannya. Untuk apa ada ayah doktor kalau lahir di sambut oleh orang lain..ye tak, sayang?”
Tasya menjeling lembut pada suami kesayangannya. Pipinya merona merah. Sesungguhnya, suaminya ini sememangnya romantic. Dan saat itu, kucupan sayang singgah di pipinya. Tasya menjegilkan matanya.
“ayah dengan ibu ada kan abg??ish…”
Serentak ayah dan ibunya ketawa dan disambut oleh nazmi. Hariz izwan yang berada dipangkuan tasya juga ketawa membuatkan keadaan bertambah ceria dan bahagia.

.:TAMAT:.

nuRkiLaN : SurAyA SaLeh~~
p/s : ketentuan ALLAH itu jauh lebih indah dari ape yg pernah kite fikirkan...
begitu juga dgn suratan hidup aku yg sentiasa aku terima dengan redha hati..insyaALLAH~~

1 comment:

  1. Sedih sangat saya nangis je saya pun kesian dengan Hariz kalau benda ni realiti memang tabah Hariz tapi syukur sebab ada Nazmi saya suka cerita awak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...